“Jgn ‘tutup kilang’, nk tengok Anzalna junior”- Netizen

Pelakon jelita Anzalna Nasir rasanya sudah agak lama menyepi dari dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga dan anaknya Mohamad Eidress dan anak keduanya Emirhan. Pelakon jelita ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki sekitar tahun 2016. Anak Anzalna iaitu Mohamad Eidress di lahirkan pada tanggal 31 Mei 2019 manakala anak keduanya pula Mei 2022.

Anzalna tidak lokek berkongsi wajah anak- anak di media sosial. Secara berseloroh Anzalna berkata gambar anaknya itu di kongsikan di Instagram beliau sebagai konten.

Anak kedua Anzalna itu mempunyai wajah seakan seorang bayi berketurunan Turki dan di puji oleh para peminat kerana mempunyai kulit yang putih gebu.

Para peminat dan netizen juga memuji tindakan Anzalna yang terbuka untuk berkongsi wajah anak keduanya itu kepada orang ramai.

Netizen juga tidak puutus memuji wajah Emirhan yang sangat comel dan memiliki wajah yang hensem meskipun masih lagi kecil. Ramai yang berkata wajah Emirhan saling tak tumpah seperti suami Anzalna iaitu Hanif Zaki.

Terkini, menjengah ke Instagram peribadi pelakon jelita tersebut, Anzalna memuatnaik satu video yang merakamkan aktiviti beliau bercuti ke Dubai bersama keluarga sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran dirinya sebagai kenangan.

Video rakaman berkenaan di kongsikan di Instagram beliau buat tatapan para peminat yang merindui hantaran terbaru daripada beliau. Menerusi video yang di kongsikan, Anzalna meluahkan rasa bersyukur kerana kini beliau merupakan ibu kepada 2 orang anak.

Dedah Anzalna secara berseloroh, setelah bergelar ibu kepada 2 orang anak, beliau tidak kisah untuk menambah anak, namun begitu beliau berkata bahawa suaminya pula yang sudah tutup kilang dan seperti tidak lagi mahu menambah zuriat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat mendoakan kesejahteraan pelakon berkenaan sempena hari ulang tahun kelahiran beliau. Bagaimanapun pendedahan Anzalna itu telah meraih perhatian para peminat.

Anzalna telah mempunyai dua orang lelaki dan peminat mendoakan pelakon kesayangan mereka itu di kurniakan seorang anak perempuan pula untuk mewarisi kejelitaan wajah pelakon berkenaan.

Peminat juga merasa amat rugi buat pelakon tersebut sekiranya ‘tutup kilang’ terlalu awal dan meminta Anzalna mempertimbangkan kembali kepuutusan berkenaan. Jom tengok komen netizen buat Anzalna.

Kedua dua anak lelaki Anzalna sangat comel malahan anak kedua pelakon tersebut iaitu Emirhan mempunyai wajah persis seorang bayi Turki membuatkan para peminat sering memuji anak-anak pelakon itu.

Peminat juga sudah pasti teringin untuk melihat wajah anak perempuan Anzalna pula.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!