“Yg best tgk mak dan isteri sentiasa ada, so close la dorg suke tgk”- Netizen

Bukan semua wanita sudah berkahwin ‘mampu’ untuk kebanyakan masa sentiasa ada bersama ibu mertuanya. Begitu juga sebaliknya. Kadang sama ada mertua atau menantu ada yang jujur mengakui sesama mereka tak sebulu, rasa cepat ‘panaas’, tidak sehaluan dalam banyak perkara dan macam-macam lagi. Sampaikan ada yang menggelar ibu kepada pasangan itu macam ‘Ibu mertuaku’, atau sebaliknya, ‘menantu hantu’.

Begitupun, jika lihat kepada pasangan baharu mendirikan rumahtangga, Fizo Omar dan Fazeera Nazri Aziz ini ramai juga yang kagum kerana mereka kerap dapat bersama-sama ibu Fizo di mana-mana sejak mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober lalu.

Menjengah komen di perkongsian hantaran terbaru pelakon itu, ada yang memberikan pendapat bahawa suka melihat keakraban ibu Fizo, Hasnah Jidin, 61, dan Fazeera yang selalu dilihat rapat bersama.

‘Yang best tengok mother & wife sentiasa ada so close la dorng suke tengok’, antara komen netizen yang mendapat perhatian Fizo dengan balasan komen: ‘Ameen. Doakan yea’.

Dalam masa sama di hantaran Fizo itu ada yang meluahkan rasa bahawa berkat kesabaran mak yang selalu dit0hmah, akhirnya dapat menantu yang cantik dan sopan ayu. Benarlah agaknya, itu yang mereka sentiasa bersama.

Ye lah.. sebelum ini kan Hasnah didakwa menjadi punca perpisahan Fizo dengan isterinya yang terdahulu, Mawar Karim begitupun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Fizo. Apa pun Fizo pun sudah ada keluarga baru. Moga terus kekal bahagia.

Barangkali boleh juga dijadikan contoh teladan yang baik buat netizen, Fizo dilihat sebagai seorang anak yang baik kerana sentiasa membawa ibunya ke mana sahaja. Pendek kata Fizo ni ramai yang kata dia dilihat gemar membahagiakan ibu, anak dan isterinya.

Tapi ya… tidak dinafikan masa dudanya sekejap selepas berpisah dengan Mawar pada Julai 2019, melalui perkongsiannya di medsos, Fizo sememangnya dilihat sebagai seorang yang sentiasa bersama ibu dan membahagiakan wanita ini dengan acap membawanya bercuti.

Bakat Fizo dalam lakonan dicungkil selepas menyertai pencarian Hero Remaja anjuran maj4lah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Fizo mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu, sebelum kemudiannya dilamar sebagai aktor.

Dinobat “Social Entrepreneurs of the year 2019”, dia kini lebih banyak berkecimpung dalam keusahawanan dan terbabit sebagai penceramah berkaitan, dalam masa sama masih berlakon dan menjadi hos jemputan. Moga Fizo terus bahagia bersama ibu, isteri, anak dan keluarganya.

Sumber : Ig Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!