“Baik-baik Dato, anak pakai barang kemas tu”- Netizen

Perhiasan emas antara barang yang sentiasa digiilai oleh kebanyakan kaaum wanita. Sehinggakan ada yang sanggup menjadikan ia sebagai satu koleksi berharga walaupun harga emas itu mahal. Bukan itu sahaja, sudah menjadi kebiasaan buat golongan ibu yang turut menghiasi anak perempuan mereka dengan perhiasan emas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki.

Namun ada bahaayanya juga buat kanak-kanak kecil yang memakai perhiasan emas. Seperti kata pepatah ada memberitahu, malang tidak berbau. Golongan ibu bapa semestinya perlu peka dengan keselamatan anak-anak.

Baru-baru ini, Pelakon fizz Fairuz telah berkongsi beberapa foto bersama anak-anak beriadah di kawasan perumahannya.

Dan salah seorang netizen telah menegur Fizz Fairuz di ruangan komen dengan memberitahu supaya berhati-hati kerana ketiga tiga anaknya memakai perhiasan emas ketika keluar beriadah. Teguran itu ternyata menjadi perhatian netizen yang lain.

Komen teguran yang diberikan netizen tersebut sekaligus menyedarkan kita supaya sentiasa berhati-hati terutamanya kepada anak-anak perempuan yang penuh dengan perhiasan emas.

Selain komen teguran daripada netizen tersebut, pengikut di laman instagram Fizz turut memuji tiga orang anak perempuannya yang semakin comel membesar.

“Comel-comel anak dara dato”- Netizen

“Comel and cantik macam mak dia”- Netizen

Sentiasa lah berhati-hati bila pakai perhiasan kemas, kadang kala malang tidak berbau. Tambah-tambah musim C0v1d ni, kita semua kena peka dengan keadaan sekeliling ya.

Sumber: Instagram Fizzfairuzofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!