“Yelah yelah memang Lyla Amina muka Awal” – Scha Alyahya

Pasti umum sudah mengetahui bahawa pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah menimang puteri kedua mereka pada 12 Februari yang lalu di hspital ternama Prince Court Kuala Lumpur. Anak kelahiran Kedah dan Kuala Lumpur ini telah lama menuai cinta bersama dan memutuskan untuk mengikat ikatan mereka dengan perkahwinan pada tahun 2012.

Kemudian, pada tahun 2014 pula mereka telah menimang cahaya mata pertama yang diberikan nama Lara Alana. Baru-baru ini barulah mereka dikurniakan rezeki cahaya mata kedua yang juga perempuan dan diberikan nama sebagai Lyla Amina yang baru berusia lebih kurang 5 bulan.

Awal sendiri mengakui sebelum ini, bahawa puteri sulungnya itu telah menunjukkan sikap yang lain setelah mengetahui ibunya telah mengandung.

Dirinya lebih bersikap mengambil berat dari sebelum ini jika ibu dan ayahnya hendak pergi kemana-mana. Tetapi sekarang Lara mula terlihat senang dan sayang dengan kehadiran adik perempuannya itu.

Jika sebelum ini, ramai yang mengatakan Lara mirip dengan muka Scha sendiri. Tetapi tidak untuk puteri mereka yang kedua apabila ramai yang mengatakan puteri mereka yang kedua ini persis sekali dengan muka Awal.

Ini dapat dibuktikan apabila Scha ada melakukan pertanyaan di Instagram miliknya dan ternyata memang ramai yang menjawab Lyla mirip dengan Awal.

Kenyataan ini seperti tidak dapat diterima oleh Scha apabila dia sendiri telah memuatnaik posting dengan membuat kenyataan seakan tidak ikhlas mengatakan bahawa wajah Lyla memang mirip dengan ayahnya itu.

Dia telah menyunting gambar Lyla bersama Awal tetapi gambar tersebut menjadi sangat lucu apabila wajah mereka seakan bertukar antara satu sama lain.

Para netizen sangat terhibur dengan gambar yang telah dimuatnaik oleh Scha itu dan ramai juga diantara mereka yang mengatakan bahawa Lyla iras dengan wajah ibunya dan bukan ayahnya.

Tetapi nampaknya kali ni mummy kalah dengan daddy bila semua cakap muka Lyla sama dengan daddy. Tak kiralah mirip siapa pun, didoakan semoga Lyla dapat membesar dengan sihat dan bijak sama seperti kakak iaitu Lara.

Sumber: Instagram Scha Al-Yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!