“Kalau nk bwk turun basikal tu kena kait la org utara kata” – Netizen

Nama Datuk Siti Nurhaliza atau mesra dalam kalangan peminat dengan panggilan Tokti kembali menjadi sebutan apabila beliau berkongsi gambar terbaru yang menunjukkan penampilan terbaru yang terlihat sangat kuruus dan ramping setelah melahirkan anak keduanya Afwa pada bulan April baru-baru ini. Tokti sudahpun selesai menjalani tempoh berpantang namun masih mengekalkan pemakanan yang sihat dan rutin bersauna dirumahnya.

Ramai yang sedia maklum mengenai aktiviti berbasikal yang dilakukan oleh Tokti sebagai hobi. Atas saranan penyanyi nombor satu negara berkenaan untuk mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, ramai yang turut menjadikan berbasikal sebagai hobi mereka.

Bagaimanapun dalam tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan ini ketika ini, Tokti juga hanya mengambil kesempatan untuk membuat senaman ringan seperti berjogging sahaja kerana mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menerusi perkongsian Tokti di instagram, beliau telah memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan basikal-basikal yang digantung di kawasan rumah beliau.

Keadaan berkenaan cukup menggambarkan istilah sebenar gantung basikal yang sering disebut oleh orang ramai.

Tokti juga berkata suaminya Datuk K yang menggantungkan kesemua basikal tersebut sementara menunggu masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti berbasikal semula.

Menjengah keruangan komen netizen juga agak terkejut melihat basikal-basikal yang digantungkan di kawasan rumah Tokti. Netizen juga berkata mereka tidak menyangka ada yang benar-benar menggantungkan basikal tersebut sepertimana yang disebut istilah orang ramai.

Kreatif betul Datuk K ni. Tapi risau pula sekiranya basikal yang di gantung di atas tu terjatuh menimpa kepala pula nanti. Berikut dikongsikan komen netizen.

Semakin kuruus Tokti selepas melahirkan Afwa. Sekali nampak dah macam zaman anak dara dahulu jauh sekali kelihatan sepertimana usia sebenar beliau yang kini sudahpun mencecah 40an.

Bagusnya Tokti jaga kesihatan dengan berjoging dan berbasikal. Semoga ianya menjadi inspirasi buat para peminat beliau dan netizen diluar sana untuk turut menjaga kesihatan.

Sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!