“Akak kalau xreti edit boleh pm sy tau. Sy bantu akak confirm clean bukti” – Netizen

Pasangan yang sama cantik sama padan iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah mengumumkan bahawa pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan ekoran pengumuman daripada kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan tersebut juga reda dengan keputusan itu walaupun persiapan majlis perkahwinan mereka telahpun hampir selesai. Dedah Kamal lagi, jika mengikut perancangan sebenar mereka berdua, sepatutnya majlis akad nikah dan bersanding telahpun diadakan sekitar pertengahan bulan Jun yang lalu.

Namun disebabkan PKP yang dilaksanakan kerajaan, majlis mereka berdua terpaksa ditangguhkan. Mereka berdua juga tidak mempunyai tarikh baru kerana ketika ini semuanya bergantung kepada keadaan.

Kongsi Kamal lagi, beliau dan Uqasha tidak mahu mengadakan majlis secara ringkas demi memenuhi impian majlis pernikahan mereka berdua dan mahu majlis berkenaan dapat diraikan oleh keluarga dan sahabat. Tambahan pula majlis perkahwinan berkenaan bakal menjadi kenangan manis buat mereka berdua.

Bercakap mengenai persiapan majlis perkahwinan, sebelum ini Uqasha pernah merakamkan gambar pra perkahwinan sambil menggayakan beberapa barangan kemas mewah Habib Jewel. Namun gambar tersebut mendapat perhatian netizen kerana anak mata Uqasha kelihatan tidak normal di dalam gambar yang tular itu akibat di sunting oleh pelakon cantik itu secara berlebihan.

Malahan sebelum ini juga Uqasha sudah pernah “kantoi” ketika majlis meraikan hari jadi beliau bersama Kamal Adli. Keadaan lilin yang kelihatan senget telah mendapat perhatian netizen waktu itu.

Terkini menerusi satu perkongsian Uqasha di instagram beberapa hari lepas pula, isu yang sama mengenai gambar yang disunting oleh Uqasha mendapat perhatian sekali lagi daripada netizen kerana dinding yang kelihatan sedikit bengkok kerana telah disunting berlebihan sebelum dikongsikan.

Perkongsian Uqasha itu hanya ingin meluahkan rasa rindu beliau terhadap tunangnya yang juga pelakon Kamal Adli. Bagaimanapun gambar pertama yang dimuatnaik olehnya itu telah menjadi bualan netizen kerana garisan dinding yang bengkok.

Gambar berkenaan menerima usikan daripada netizen yang merasa agak hairan dengan tindakan pelakon berkenaan kerana masih lagi menyunting gambar beliau sebelum dimuatnaik ke media sosial walaupun pelakon drama Rindu Separuh Nyaawa itu sememangnya mempunyai wajah dan bentuk badan yang menjadi idaman ramai wanita.

Bagaimanapun para peminat mempertahankan Uqasha kerana merasakan tiang berkenaan sememangnya mempunyai bentuk yang lebar dibahagian atas dan tirus menurun kebawah.

Selain itu juga para peminat turut merasakan Uqasha mempunyai hak untuk menyunting gambarnya jika mahu dan beliau juga bebas untuk berkongsi apa sahaja di platform media sosial peribadinya. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap gambar Uqasha.

“Walaupun saya ternampak garisan dinding tiang tu bengkok.tapi takpe.. kak usya comel laaaa” – Netizen

“hahah..k3s viral aq muncul jgk.. Pdhal gmbr nii dh lps… Tp tulaa awl2 tngok pn dh thu yg tiang tuu kcik bwh besar ats.. Mne edit tah” – Netizen

“nnti ambik pmbaris letak kat garisan dinding dr atas sampai bawah..tgk ada edit ke x  sekali tgk pon tau ada sikit bengkok melengkung kat dinding..” – Netizen

“byk org kata xnmpk dinding tu senget tp hakikat tgk garis dinding tu pun dh tau xlurus” – Netizen

“Siapa setuju kalau kak uqasha pakai tudung shawl,mesti lagi comel kan?siapa setuju like.Hahahha..Tapi kalau X pakai tudung pun comel jugak,tapi kalau oakai tudung shawl,lagiiiiii comell..like like” – Netizen

“Nikah dlu la sya.. Pastu da ok baru la buat kenduri kendara.. Nak tggu cobit2 ngan pkp +D ni abis.. Ntah xtau bila” – Netizen

Uqasha Senrose merupakan seorang pelakon yang jelita dan sentiasa menerima pujian diatas lakonan cemerlang dan mantap beliau di dalam drama.

Wajah pelakon jelita tersebut juga sering didambakan oleh ramai peminat beliau yang kagum dengan kejelitaan yang beliau miliki. Rasanya beliau tidak perlu lagi menyunting gambar kerana sudah semulajadi cantik. Apa pendapat anda pula?

Sumber : Instagram uqasha senrose.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!