“Dia makan nasi pakai coklat lah, gempak bro” – Netizen

Siapa yang tidak kenal lagi dengan anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal Malaysia yang satu ini Syeriv Samheizy yang merupakan putera kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Telah mendirikan rumah tangga pada 2016 yang lalu setelah 6 tahun menjalin cinta bersama, 2017 merupakan tahun istimewa apabila mereka berdua akhirnya dikurniakan putera sulung iaitu Syeriv dan pada 2019 pula merupakan tahun kelahiran puteri mereka iaitu Sarima Samheizy.

Memang sejak dari kecil lagi, Syeriv terkenal dengan kebijaksanaan dan kecomelannya apabila ramai diantara mereka yang mengatakan Syeriv mirip seperi anak ‘mat salleh’. Ini mungkin kerana Syeriv sendiri mempunyai drah kacukan Jepun dari datuknya sendiri iaitu Amirol Melvin.

Dibesarkan dari keluarga yang giat menjayakan usaha masing-masing, siapa yang sangka kanak-kanak yang baru baru berusia 4 tahun ini sudah tahu melakukan aktiviti marketing bagi menarik minat orang ramai untuk membeli.

Ibu dan keluarga dari Syatilla sendiri sekarang memang terkenal dengan usaha perniagaan kosmetik yang dikenali sebagai Kekaasih dan kini ayah pula sedang popular dengan coklat yang dikenali sebagai Syokotube.

Tahap pemasaran produk Syokotube milik ayahnya itu bukan biasa-biasa dilakukan oleh Syeriv. Ramai yang mengagumi kebijaksanaan Syeriv dan keberaniannya melakukan marketing coklat dengan cara yang sebegitu.

Pasti tiada siapa yang berani melakukan marketing yang sebegini rupa seperti apa yang dilakukan Syeriv.

Keberaniannya makan nasi bersama coklat Syokotube itu benar-benar meyakinkan orang ramai bahawa coklat itu memang sedap dimakan dengan apa sahaja mahupun nasi.

Ramai yang memuji taktik marketing Syeriv itu sehingga ada yg berkata bahawa Sam sudah boleh bersara dari menjadi pelakon.

Netizen rata-ratanya sangat terhibur dengan video dari Syeriv tersebut. Lepasni boleh lah ramai-ramai ikut jejak Syeriv ya. Cuba ganti dari kicap sebagai penyedap makanan kepada coklat. Apa agaknya rasa nasi tersebut.

Semoga Syeriv selepas ini dapat menggantikan ayah dan ibu sebagai artis terkenal tanah air pula.

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!