“Level confident Dato’ tahap dewaa” – Netizen

Seperti biasa, tidak kisah dengan kec4man netizen terhadap gaya penampilannya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) tetap tampil dengan fesyen dan gaya mekap di luar daripada kebiasaan. Ya.. boleh dikatakan seorang yang tak peduli apa orang nak kata, kelainan itulah yang membuatkan dirinya tampak berbeza, bahkan perbezaan itu umpama sudah menjadi sebahagian DSV. Begitupun, nampaknya tak kurang netizen masih mempertikaikan apa diperagakan di wajah dan di tubuhnya itu.

Seperti perkongsian DSV dalam videonya ini, beliau menunjukkan akan fesyen dikenakannya ketika di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Dengan mata dimekap tebal pembayang mata merah dan manik-manik di bawah mata, jelas ketara galak renungannya.

Ada menyifatkan dirinya dengan gaya sebegitu tampak seperti membawakan imej bunga refleksia, ada pula kata macam gaya buah naga bercampur sotong, ada kata macam watak kartun dan macam-macam lagi.

“Padu DSV”, “Octopus meletop, great job DSV”, “Macam ratu dlm Alice and Wonderland Dato'”, “Level confident Dato’ thp dewa”. Itu antara komen netizen.

Gamaknya berbaloi juga usaha DSV yang mahu kelihatan berlainan. Apa tidaknya ketika ber’ cat walk, fesyen dikenakannya yang nampak berbeza bahkan menyerlah sungguh dengan juntaian baju berlapis penuh warna itu.

Yang pasti tetap ramai yang memuji fesyen DSV itu dek keunikannya, dalam masa sama tak kurang yang risau. Ada kata apa diperaga tak selari kehendak 4gama, apatah lagi usia DSV dikatakan sudah mencecah di pertengahan abad.

Dalam pada itu, ramai juga yang ‘risau’ apabila tatarias busana bahkan hijab DSV ditatarias oleh golongan Adam. Ya lah.. sebagai orang 1slam, ada netizen mengingatkan tentang batas aurat dan bersentuhan bukan m4hram.

Rasanya DSV sendiri pun maklum akan perkara tersebut. Apa pun pasti sebagai manusia biasa kadang terlepas pandang atau tiada manusia yang sempurna. Kita doakan saja yang baik-baik sudahlah ya…

Jika dilihat selebriti berani berfesyen pelik sebelum ini hanya penyanyi, Aina Abdul. Dia yang sering muncul dengan imej pelik dah  jadi trademark diri, tapi kini industri tanah air juga didatangi DSV yang gemar bergaya aneh serta unik.

Gamaknya ada yang tak suka, m3luat dan sebagainya. Begitupun raikanlah perbezaan. Bak kata orang kalau tak suka tak perlu tengok. Cuma yang wajib, netizen tegur la ya. Jadi artis perlulah tak koyak bila ditegur kan…

Sumber : IG Datuk Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!