“Paling semangat dia sebut wau”- Netizen

Nur Fatima Aisya merupakan anak perempuan sulung kepada pasangan pelakon popular tanah air iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura. Pasangan yang bertemu jodoh di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella ini amat di sayangi oleh para peminat mereka. Apatah lagi apabila Fazura mengambil keputuusan untuk mula berhijab tahun lalu sejak bulan Ramadhan.

Penghijrahan selebriti popular itu amat memberikan inspirasi kepada para peminat mereka. Gaya Fazura yang tampil sopan menutup aurat menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana.

Fatima kini bakal menginjak usia 2 tahun pada bulan Oktober ini semakin bijak dan petah bercakap. Malahan gelagat kanak- kanak berkenaan juga sering mencuri tumpuan.

Para peminat yang sekian lama mengikuti kehidupan pasangan ini juga sentiasa menantikan video terkini daripada mereka kerana geram dengan kecomelan Fatima.

Terbaru, satu video yang memaparkan Fatima bersama daddynya Fattah Amin sedang mengajar anaknya itu mengaji telah di kongsikan oleh satu Instagram peminat pasangan selebriti popular itu.

Video berkenaan pada mulanya telah di kongsikan oleh Fattah Amin sendiri di platform tiktok telah di kongsikan semula oleh peminat tersebut buat tatapan para peminat pasangan selebriti popular itu di Instagram.

Gelagat Fatima yang sedang mengaji dengan tekun bersama Fattah membuatkan peminat merasa geram melihatkan kanak- kanak tersebut.

Menjengah keruangan komen pula, netizen juga memuji Fatima kerana sudah pandai mengaji dan menyebut huruf dengan betul.

Bagus didikan pasangan ini yang mendedahkan Fatima dengan ajaran agama islam sejak daripada kecil lagi. Semoga jadi contoh buat yang lain juga. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Netizen juga gembira dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh pasangan selebriti berkenaan dan mendoakan pasangan itu di panjangkan jodoh dan gembira bersama anak mereka Nur Fatima yang bakal menginjak usia 2 tahun pada bulan Oktober ini.

Sumber : ig jettaime Fazura

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!