“Macam2 eh Kak Shiera, basuh tangan gi buka pintu almari org” – Netizen

Siapa saja yang tak teruja kalau masuk ke rumah yang serba mewah, rapi tersusun dan persis seperti paparan di kedai-kedai perabot. Bagi mereka yang memang minat menghias rumah pasti tidak kisah untuk mengeluarkan kos tinggi setanding dengan keinginan. Kerana rumah merupakan tempat terpenting untuk menghela nafas panjang setelah penat bekerja.

Tak keruan dibuatnya apabila Sharifah Shahirah telah mendapat jemputan untuk berkunjung ke rumah penjaga gol bola sepak terkenal negara iaitu Farizal Marlias. Teruja dengan jemputan yang diterima, dia tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman tersebut bersama orang ramai.

Jemputan itu dipenuhi dengan kehadiran dari Sharifah Shahirah sendiri bersama suami iaitu Ijoy. Kunjungan santai itu telah disambut mesra oleh keluarga penjaga bola sepak JDT itu dengan menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk tetamu istimewa pada hari itu.

Rumah yang dilengkapi dengan perabot-perabot mewah dan cantik ini telah membawa keterujaan kepada Shiera bermula dari meja makan, ruang tamu serta dapur. Shiera yang memang sudah membuat video sejak awal ketibaannya kerumah itu berkongsi suasana rumah Farizal Marlias yang tidak lari seperti gedung pameran perabot IKEA.

Apa yang melucukan penonton dan peminat adalah gelagat dari Shiera sendiri yang memang spontan orangnya. Berkunjung ke dapur milik Farizal Marlias, Sharifah Shahirah dengan tidak sengaja telah membuka pintu almari dapur miliknya.

Kelakuannya yang sememangnya laju dan spontan itu telah mengejutkan dirinya sendiri akan ketidaksengajaan itu. Namun, ramai yang berpendapat bahawa Shiera sebenarnya memang ingin tahu isi kandungan didalam almari tersebut.

Ramai yang cemburu dengan peluang hebat yang dirasai oleh Sharifah Shahirah ini apabila dapat berkunjung ke rumah serba mewah penjaga gol bola sepak negara ini.

Video yang dikongsi itu juga turut dikomen oleh Farizal sendiri yang berterima kasih atas kunjungan Sheira dan Ijoy ke rumahnya.

Seronoknya Shiera dapat datang ke rumah Farizal. Memang cantik sangat konsep rumah penjaga gol negara ni. Mesti ramai yang terinspirasi nak hias rumah sama seperti Farizal kan. Kalau jadi Shiera mesti taknak balik je rasanya.

Sumber: Instagram Shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!