“Mak nampak muda lah dah kuros” – Dato’ Aliff Syukri

Semakin kita tua, kita akan semakin jelas kelihatan kedutan di seluruh badan kita. Namun mengikut kajian, sebenarnya kesan-kesan penuaan ini kita dapat elakkan tetapi harus dimulakan dari awal. Apabila wajah dan kulit kita dijaga dengan rapi dari awal lagi, berkemungkinan besar kesan penuaan itu akan lambat berlaku ke atas diri kita.

Dalam masyarakat Melayu, wanita-wanita Melayu sangat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Sebab itulah Masyarakat Melayu sangat kaya dengan petua-petua dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.

Bonda Rozita Ibrahim sentiasa dikenali sebagai seorang wanita yang amat mementingkan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Sekarang beliau pada umur 57 tahun, beliau masih aktif melakukan kerja dan rutin harian beliau sekaligus menguruskan syarikat beliau.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah gambar beliau berada di rumah agam anaknya, Dato’ Aliff Syukri kerana anaknya itu menjemput ibunya melihat Dato’ Aliff dalam sesi penggambaran untuk drama beliau.

Di dalam gambar yang dikongsi Bonda Rozita, dilihat Dato’ Aliff seperti sedang menjeling ibunya kerana ibunya ralit melihat telefon bimbitnya.

Hubungan antara ibu dan anak ini sering dilihat sangat rapat dan mengasihi antara satu sama lain.

Dalam ruangan komen pula, dilihat Dato’ Aliff memberi komen memuji ibunya itu kelihatan semakin muda dan cantik. Ramai juga netizen yang memuji dan meminta tips kecantikan dari Bonda Rozita.

Bonda Rozita sangat menitikberatkan hal kesihatan dan kecantikan. Ini kerana beliau telah dididik dari kecil untuk mengingati petua-petua yang berguna dari orang-orang lama. Harus diingatkan bahawa petua-petua ini hanyalah satu ikhtiar untuk kita menjaga kesihatan dan kecantikan kita.

Sumber : Ig Bonda Rozita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!