“Hebatnya Wawa, 8 hari pantang boleh jalan2”- Netizen

Nama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Bahkan pasangan selebriti ini lebih fokus dalam menjalankan pelbagai jenis perniagaan semenjak mereka kurang aktif dalam bidang lakonan. Selain produk perniagaan Wawa dan Aeril popular dalam kalangan netizen, anak-anak mereka pun turut sama menjadi tumpuan ramai netizen.

Malah baru-baru ini, Wawa telah melahirkan cahaya mata keempat dan dalam proses berpantang. Setiap ibu yang lepas bersalin sudah pasti menjalani proses berpantang.

Namun Wawa sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila hari ke lapan berpantang, beliau sudah memberanikan diri pergi ke kilang miliknya untuk melihat produk terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Tindakan Wawa keluar ketika waktu berpantang telah menimbulkan kerisauan kepada netizen lain yang melihat Wawa aktif berjalan ke sana sini.

Posting video Wawa keluar ketika berpantang yang dikongsi di Instagram telah menerima banyak teguran daripada netizen di ruangan komen. Rata-rata menegur Wawa supaya kekal duduk di rumah ketika waktu berpantang.

Ada juga sebahagian netizen mendoakan kesihatan yang baik buat Wawa dan berharap agar Wawa sambung berpantang di rumah serta mengurangkan aktiviti lasak.

Wawa juga memuatnaik instagram story dengan memberitahu netizen, beliau berpantang semula di rumah seperti biasa dan tubuhnya masih dalam keadaan baik.

Bagi Wawa juga, setiap tubuh manusia mempunyai ketahanan diri yang berlainan dan beliau tidak sama sekali menyeksa dirinya untuk mengempiskan perut semata-mata untuk content video.

Semoga kesihatan wawa dalam keadaan yang baik, mungkin setiap orang badan lain-lain macam wawa katakan.. Selamat berpantang Wawa.

Sumber: Instagram Wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!