“Pokok p0kok pok0k, pindah duduk hutan jelah” – Aaron Aziz

Fenomena hobi menanam pokok pelbagai jenis telah menjadi satu trend dalam masyarakat Malaysia sejak bermulanya PKP. Pada awal PKP dijalankan di seluruh negeri, aktiviti menjaga dan menanam pokok ternyata dapat menghilangkan kebosanan buat golongan ibu di rumah. Siapa sangka, pelbagai jenis pokok yang dijuak di pelbagai platform e-dagang dan termasuk juga sosial media menerima permintaan yang tinggi ketika musim pkp.

Tidak terkecuali, isteri kepada palakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik antara pencinta pokok. Pokok-pokok yang dijaga dengan rapi oleh Diyana juga kebanyakkannya berharga ‘kayangan’.

Oleh kerana itu, sudah tentu pokok perlu dijaga dengan baik. Bukan itu sahaja, aktiviti menanam pokok antara terapi yang bagus buat diri kita.

Namun gelagat Aaron yang tidak ‘puas hati’ apabila isterinya terlalu ‘sayang’ dengan pokok miliknya membuatkan netizen terhibur melihat Aaron.

Aaron menerusi video yang dikongsi di Instagramnya kelihatan berleter sambil merakam gelagat isterinya yang sanggup mengutamakan pokok-pokok kesayangannya sebelum keluar bersama Aaron.

Diyana dilihat gigih berusaha memastikan pokok-pokoknya selesai disiram oleh dirinya sendiri tanpa bantuan anak-anak. Walaupun ketika itu sudah lambat keluar bersama Aaron, beliau tetap pastikan semua pokok miliknya terjaga dan disiram dengan air secukupnya.

“Anak siram tak sama macam kita siram, kalau suami siram terus m4ti pokok tu haha, Isteri bela pokok, dapat pahala”- Netizen

Netizen juga memberitahu, pokok-pokok milik Diyana yang ditunjuk oleh Aaron menerusi Instagram antara yang berharga mahal.

Dalam pada itu, video yang dikongsi Aaron itu telah menerima hampir 300,000 tontonan dan pelbagai reaksi peminatnya di ruangan komen.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!