“Lofa cakap misai tu mcm inspektor sahab”

Alahai pasangan merpati dua sejoli bakal menimang cahaya mata pertama ni memang sweet sangat. Akhir-akhir ni suka betul main dan balas-balas pickup line ya. Jika baru-baru ini PU Riz biarpun dalam malu-malu berkongsi pickup line buat isteri tersayang di sebuah rancangan hiburan komedi tempatan, rupa-rupanya Neelofa pun bijak berbuat perkara sama.

Menjengah komen netizen terhadap hantaran berkenaan yang dikongsikan salah satu IG berkaitan isteri bekas peserta Pencetus Ummaah itu, ramai yang memberikan maklum balas Neelofa juga tak kalah dalam memberikan pickup buat PU Riz.

Tersipu-sipu juga PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, ini. Apa tidaknya, dalam video pendek berlatar belakangkan bangunan KLCC, Lofa bertanyakan apa beza suaminya dengan bangunan itu.

Rentetan itu, secara langsung beliau sendiri menyatakan, KLCC milik rakyat Malaysia, tetapi PU Riz adalah miliknya. Adeh… comel juga mommy preggy ni kan. Walaupun sedang sarat berbadan dua, Lofa tetap mantap bagi pickup line hingga tersenyum malu suaminya.

Ramai netizen di hantaran status itu menyatakan apa yang dikatakannya itu sangat ‘comel’, selain tak mahu kalah dengan nak bagi pickup line juga. Ramai yang setuju pickup line Lofa ni lagi win. Cia..cia…cia…

Bagus juga perkongsian semacam ini. Tumpang terhibur buat sesetengah netizen dibuatnya. Dalam pada itu tak kurang juga yang mendoakan semoga Lofa dan suami sentiasa di bawah lindungan tuhan dan berkekalan kebahagiaan mereka.

Terdahulu, PU Riz tampil sebagai sebagai tetamu jemputan kumpulan Tobat, mengetengahkan mesej bermoral buat penonton dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, PU Riz melontarkan dialog “Tolong jangan sebut nama dia (Neelofa)… saya tak suka dia” sebelum disambung dengan kata-kata, “Buat apa suka kalau boleh mencintai”. Ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Mana tidaknya, beliau sendiri gamaknya terus malu dengan menutup mukanya sebaik belanja pickupline itu. Apa pun suami isteri memang eloklah bergurau senda bukan? Itu pun antara cara yang dapat mengeratkan perhubungan.

Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga 27 Mac lalu, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dinikahkan oleh adiknya, Mohd Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya.

Sumber : Ig Lofa World

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!