“Terbukti nk popular dan dsegani tak perlu sksi dan byk kntrversi” – Netizen

Entah untuk yang keberapa ratus kalinya namanya diangkat oleh pihak tempatan dan di peringkat antarabangsa. Terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi berkongsi anugerah diterimanya. Beliau diiktiraf antara individu paling berpengaaruh di Asia dalam arena hiburan, iaitu “Asia’s Most Influential” in Entertainment Categories oleh kumpulan media terkemuka di Asia oleh platform digital dan majalah cetak, Tatler Malaysia.

Ya, kejayaan demi kejayaan dikecapi wanita ini hingga pencapaiannya bukan sahaja boleh dibanggakan tuan punya badan sendiri, tetapi juga tempiasnya terkena juga pada kita sebagai rakyat Malaysia.

Setidak-tidaknya pencapaian beliau dapat juga mengharumkan nama negara. Bukan sahaja rakyat tempatan, ramai juga dari negara jiran yang ‘mengangkat’ Siti Nurhaliza sebagai idola dan mengaguminya.

Dalam hantaran yang berkongsi pencapaiannya itu hari ini, ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan mengakui terlalu banyak anugerah dan pencapaian yang telah dikecapi oleh wanita dengan nama sebenar, Siti Nurhaliza Tarudin itu, yang kini berusia 42 tahun.

Sementara itu, antara komen di postingnya yang menarik perhatian ialah ada yang melihat pencapaian isteri kepada Datuk K atau Khalid Mohamad Jiwa itu membuktikan tanpa cerita-cerita kontrversi malah dilihat sebagai seorang artis mslimah yang bertutup litup, beliau tetap mampu mencapai kejayaan dan diiktiraf dunia.

Seperti dikongsikan di maya, beliau juga sebenarnya adalah antara penyanyi paling berjaya di dalam sejarah Asia dan pertama paling berjaya di rantau Asia Tenggara. Siti Nurhaliza juga disenaraikan sebagai salah seorang mslim yang berpengaaruh di dunia oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021.

Bukan sahaja artis, sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk syarikat produksi, kosmetik, fesyen, minuman dan jenama tudung sendiri. Hebat kan. Memang bertuah sungguh figura bernama Siti Nurhaliza ini.

Lebih wow, menurut catatan, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan hebat, berjaya dan terkenal di Malaysia. Beliau kini mendahului senarai ‘Artis Terkaya’ di Malaysia.

Kekayaan beliau juga dilaporkan bernilai lebih daripada RM50 juta pada 2010 bagi membolehkan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada jutawan dalam industri hiburan, terutama di Timur Selatan rantau Asia.

Catat informasi itu lagi, sebagai salah seorang artis yang paling prolifik di Malaysia, beliau dikatakan dibayar RM45,000 (ASD $15,000) untuk persembahan selama 30 minit dan RM70,000 (ASD $ 23,333) untuk persembahan sejam pada tahun 2009. Huishh

Apa pun melihat latar belakangnya beliau juga bermula sebagai insan biasa. Dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang arwh bapanya, Tarudin Ismail, seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan ibunya, Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah dan peniaga.

Lihat saja bagaimana usahanya untuk mengecap kejayaan dalam bidang hiburan, pasti yang membaca akan mengaguminya dan terinspirasi.

Sumber : Ig Datuk Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!