“Lain macam muka dia tanjat akak, igtkan retis Korea mana td” – Netizen

Hael Husaini atau nama sebenar beliau Hal Husaini Razmi merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lagu dan penulis lirik di Malaysia. Nama beliau kian mekar dalam industri muzik selepas berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu meskipun masih lagi hijau dalam bidang muzik. Malahan beberapa lagu hasil sentuhan magis beliau juga sentiasa menjadi lagu popular sehingga artis- artis lain juga mendapatkan khidmat beliau untuk menjadi penulis dan komposer mereka.

Sebelum muncul sebagai penyanyi solo, Hael sebelum ini pernah menubuhkan kumpulan duo Azhael bersama temannya Azhar Osman dan muncul sebagai Naib Juara Akademi Fantasia Musim ke 10.

Walaupun masih bujang dan kini bergelar jejaka idaman para wanita, namun Hael sudahpun memiliki beberapa orang anak angkat.

Sebelum ini Hael pernah berkongsi sekitar bulan Mei 2017 bahawa beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena. Terkini, pada Mei 2021 pula, beliau telah memperkenalkan sepasang bayi lelaki kembar yang kini diambil sebagai anak angkat terbaharunya bernama Haelmy dan Haelman.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Hael, beliau berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang memadam lilin menggunakan j4ri.

Penyanyi berkenaan sebenarnya baru sahaja menginjak usia 35 tahun beberapa hari lalu telah memuatnaik video bersama kek dan juga lilin sebagai simbolik sambutan hari lahirnya.

Di permulaan video, ramai yang tersalah sangka bahkan tidak menyedari bahawa hantaran video berkenaan di buat oleh pelantun lagu Jampi dan Har4m iaitu Hael Husaini berikutan wajah penyanyi tersebut yang kini kelihatan sangat berbeza daripada sebelumnya.

Semuanya disebabkan foto – foto terkini bekas peserta Akademi Fantasia itu yang memaparkan dirinya yang sering tampil dengan fesyen ala-ala selebriti Korea Selatan malahan wajahnya juga semakin mirip para selebriti negara tersebut.

Rata – rata netizen berkata, pelantun lagu Jampi itu terlalu ingin menjadi atau berfesyen seperti artis sana. Netizen juga berkata mereka lebih sukakan penampilan lama Hael sebelum dia berubah menjadi selebriti Korea.

Hael juga tidak pernah memberikan sebarang respon mengenai penampilannya seperti bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwanya menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti ‘oppa’. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Sebenarnya tidak salah pun penampilan Hael sebegitu tetapi mungkin untuk sesetengah netizen tidak menggemarinya. Apa- apa pun, pastinya sebagai artis yang di kenali ramai Hael juga perlu sentiasa menjaga penampilan demi kelangsungan kerjaya beliau.

Sumber: ig hael husaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!