“Sy dlete bkn sbb sy tak0t, tapi sbb isteri saya suruh” – Aaron Aziz

Perkahwinan tanpa komunikasi dan perbincangan yang baik pasti akan sering menimbulkan salah faham dan lebih ter0k lagi perg4d0han antara pasangan. Jadi tak salah jika suami pun kadang kala membuka hati bagi mendengar nasihat yang diberikan oleh isteri. Setiap isteri pasti akan memberikan nasihat dan mahukan yang terbaik buat suami mereka.

Walaupun sering menjadi pelakon dan membawa watak gn4s dan gster, namun hati pelakon kelahiran Singapura ini sangat lembut jika melibatkan hal keluarga. Siapa yang tidak kenal lagi dengan individu yang terkenal dengan nama Aaron Aziz ini.

Jarang sekali kita dengar media melaporkan gossip tentang pelakon ini tidak kira dari segi kerjaya mahupun hal peribadi. Pasangan yang telah berkahwin pada 2003 dan hampir mencecah 20 tahun lamanya ini juga tidak pernah langsung berkongsi masalah peribadi mereka kepada orang ramai.

Hidup mereka kini juga lebih sempurna dengan kehadiran ketiga-tiga anak yang kini sudah meningkat dewasa bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Aaron Aziz dan isteri Diyana Halik serta keluarga juga baru sahaja selesai  pulang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu.

Tidak senang duduk dibuatnya bila nama seorang teman dari set penggambaran Aaron Aziz ini telah dipetik dan dikaitkan pula dengan k3s yang sedang hangat melanda rakan artis Sy4msul dan Puteri Sar4h sekarang.

Aaron Aziz berpendapat teman karibnya itu tiada kena mengena langsung dengan k3s tersebut dan menganggap bahawa perkara tersebut sebagai ftnah semata-mata.

Dia yang pada mulanya berasa sangat m4rah telah memuatnaik kata-kata fitnah tersebut ke Instagramnya lalu telah memadam posting tersebut setelah mendapat nasihat dari sang isteri yang tidak mahu suaminya turut sama terlibat dengan perkara tersebut.

Keberanian Aaron Aziz memuatnaik video tersebut telah mendapat pujian apabila dia dengan bersahaja mengaku bahawa dia memadam posting tersebut setelah mendapat nasihat dari Diyana Halik. Peminat dan netizen masing-masing terharu dengan sikapnya yang sangat menghorm4ti dan menyayangi isterinya itu.

Walaupun ramai yang mengejek Aaron Aziz takut bini, tapi dia tetap tak hiraukan semua itu serta hormat dengan nasihat dan arahan dari isteri.

Sikap seperti ini memang patut dijadikan contoh agar lebih ramai lagi suami di luar sana yang lebih terbuka mendengar kata-kata dan nasihat dari isteri.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!