“Dah besar dah, bakal jadi hero untuk pujaan hati kanda pulak nanti” – Netizen

Bila ada anak-anak inilah, masa membesar mereka adalah waktu emas untuk kita ingati. Dari kecil hingga besar, kita sebagai mak bapak pasti mahu melihat mereka membesar dan berkembang mengikut kemampuan mereka masing-masing. Sebagai ibu bapa juga kita mahukan yang terbaik untuk mereka ketika mereka dalam proses menjadi seorang manusia yang berjaya didunia dan diakhirat.

Siapa tidak lupa pada bayi kecil yang pernah mempopularkan drama bersiri berjudul ‘Pujaan Hati Kanda’ yang ditayangkan dua tahun lepas, Ayden Mikael.

Bayi lelaki ini sangat disukai oleh peminat-peminat drama bersiri tersebut. Seperti yang kita tahu, anak-anak semakin hari semakin tahun akan semakin membesar. Namun, siapa sangka Ayden membesar menjadi seorang budak yang sangat tembam dan comel.

Melihat dalam video tersebut, Ayden yang telahpun mencapai umur 3 tahun pada tahun ini disuruh ibunya untuk mengemas mainannya selepas bermain.

Namun, biasalah anak kecil, pekembangan skil masih belum mencapai tahap yang sempurna jadi Ayden cuba mengemas mengikut kemampuan dia sahaja.

Apa yang kelakarnya adalah Ayden bijak berkata pada ibunya bahawa ibunya pandai mengemas dan dia belum pandai lagi sebagai taktik meminta tolong ibunya mengemas mainannya.

Netizen sangat terhibur melihat keletah anak kecil ini dan sangat geram dengan tubuh Ayden yang sangat tembam dan comel. Ada juga berkata beliau bakal jadi hero drama bersiri menggantikan Remy Ishak dalam drama Pujaan Hati Kanda satu hari nanti.

Siapa menyangka Ayden sekarang sudah bijak berkata-kata dan membesar semangat dan comel. Mana tahu satu hari nanti Ayden Mikael akan menjadi seorang pelakon juga.

Apa jua impian pekerjaan Ayden peminat sentiasa menyokong janji menjadi seorang manusia yang berjaya dunia akhirat.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!