“Bagus beri kebebasan utk anak2 deco bilik sendiri” – Netizen

Sharifah Shahira cukup dikenali sebagai Shiera merupakan seorang pengacara dan penyampai radio. Telatah lucu beliau yang cukup mencuit hati amat disenangi oleh para peminat. Beliau yang juga merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu juga turut aktif di media social dan sering berkongsi aktiviti bersama para peminat disamping membuat beberapa promosi dan ulasan produk.

Sikap beliau yang peramah dan bersahaja semasa memuatnaik beberapa video ulasan dan promosi produk juga turut mendapat perhatian terutamanya apabila membuat promosi makanan bersama suaminya Ijoy.

Ramai yang sedia maklum dengan ragam suaminya yang sentiasa kelihatan berselera semasa menikmati juadah yang diberikan kepada mereka untuk di promosikan.

Pasangan suami isteri tersebut membuatkan produk yang diketengahkan mendapat maklum balas yang positif para peminat.

Hasil perkongsian hidup berdua, Shiera dan Ijoy mempunyai 5 orang anak yang kini sedang dalam fasa meningkat remaja.

Terbaru menerusi satu perkongsian video di instagram beliau menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak beliau di rumah dari bilik ke bilik.

Masing-masing mempunyai kerenah dan aktiviti yang mereka lakukan sendiri di bilik mereka.

Menjengah keruangan komen netizen memuji sikap Shiera yang membiarkan anak-anaknya bebas menghias bilik mereka mengikut cita rasa masing-masing.

Sudah pasti apabila anak-anak sudah dewasa dan tidak lagi tinggal bersama, kenangan itulah yang bakal dirindui sebagai ibu bapa. Berikut dikongsikan komen netizen.

Anak-anak Shiera mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap bidang seni sepertimana ibu bapa dan saudara mara mereka yang lain juga.

Satu keluarga memang mempunyai drah seni dan kini diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Semoga anak-anak Shiera sehebat ibu bapa mereka juga apabila dewasa nanti.

Sumber : ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!