“Orang tak nak layan, tunggu apa lagi blah lah” – Shaheizy Sam

Pengorbanan seorang bapa memang tiada tandingannya. Dari kecil hingga besarnya seorang anak, bapa lah antara individu yang akan sentiasa melindungi kita. Bukan hanya sekadar menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga, seorang bapa juga antara penghibur buat isteri dan anak-anak seperti pelakon Shaheizy Sam, yang sering menghiburkan netizen dengan telatahnya bersama anak-anak.

Siapa pun pasti mengenali dua cahaya mata kepada pasangan selebriti Shaheizy dan Syatilla Melvin iaitu Sarimah dan Mat Yip. Telatah mereka anak-beranak sering mencuit hati netizen. Malah, kedua-dua anak mereka juga mempunyai peminatnya sendiri.

Dengan memiliki peminat yang ramai, video gelagat Mat Yip dan Sarimah sentiasa dinanti-nantikan. Setiap kali Shaheizy atau Syatilla memuatnaik video gelagat anak mereka, pasti menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, sebuah video melucukan telah dikongsikan oleh shaheizy menerusi laman instagramnya. Video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan gelagat lucu Shaheizy berjoget di hadapan anak-anaknya namun tidak diendahkan.

Video yang dikongsi Shaheizy itu ternyata menerima tontonan sehingga mencecah 300 ribu dan menghiburkan netizen.

“Bapak kena palau teruk hahaha”- Netizen

“Orang tengah sibuk minum susu, kau terkinja kinja memang tak dilayan lah hahaha”- Netizen

Walaupun menerusi video tersebut Shaheizy diendahkan anak-anaknya, gelagat Shaheizy ternyata melucukan. Gelagat mereka anak-beranak juga jelas menunjukkan hubungan mesra mereka sekeluarga.

Ada-ada sahaja Shaheizy mengusik anak-anak dia ye, memang sporting habis kalau dapat bapa macam ni hehe..

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!