“Najua ni nyanyi tak sdp mana pun tp markah tnggi, mcm bias je sbb bwk nama arwh P Ramlee” – Netizen

Bakat dalam industri hiburan ini sangat meluas dan pelbagai. Ianya termasuklah bidang nyanyian dan lakonan. Di dalam bidang nyanyian, orang tidak kira dari dalam atau luar industri pasti akan menitikberatkan isu suara. Mana tidaknya, jika suara sumbang, tidaklah ia menjadi satu karya nyanyian. Silap hari bulan, penyanyi akan dapat kecaman yang teruk dari sesiapa yang mendengarnya.

Seperti juga artis muda yang baru membina nama, Najua Nasir atau lebih dikenali sebagai Najua P. Ramlee. Untuk pengetahuan semua, Najua sudahpun berada dalam industri hiburan hampir 10 tahun sejak tahun 2012 lagi.

Najua P.Ramlee sering dilihat berlakon dalam beberapa drama bersiri dan sekarang beliau mencuba nasib beliau di dalam program nyanyian realiti bernama All Together Now Malaysia.

Di dalam program tersebut, Najua telah berjaya ke final bersama seorang lagi pesaing bernama Ajoi Zainal.

https://www.instagram.com/p/CPyGYY9Ct09/?utm_medium=copy_link

Keratan video yang dikongsikan oleh laman ig Astro Gempa tersebut menunjukkan Najua sedang mempersembahkan sebuah lagu dan dengan nyanyian lagu itu, Najua dapat melepasi untuk pencalonan terakhir  program realiti tersebut.

Walaupun Najua telah berjaya ke peringkat seterusnya, namun persembahannya itu mendapat kecaman dari netizen.

Terdapat netizen yang mempertikai suara Najua yang tidak punyai suara yang merdu dan mempersoalkan keputusan juri seperti bersikap pilih kasih hanya kerana Najua adalah cucu arwh seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Namun ada juga netizen yang menyangkal pendapat tersebut dengan menyatakan bakat tidak seharusnya dipertikai kerana masing-masing punyai bakat dan keistimewaan yang berlainan.

Memang benar bakat seseorang itu tidak harus dipertikai. Namun, kita sendiri seharusnya tahu kemampuan bakat kita boleh pergi sejauh mana dan harus sedari perkara itu.

Tapi harus diingat, isesuatu bakat ituboleh diasah sebenarnya supaya mutu sesuatu bakat itu dapat mencapai ke tahap maksimum kualiti. Begitu juga Najua, beliau boleh lagi mengasah bakat nyanyiannya menjadi lebih baik.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!