“Naik nyampah pulak semua iklan mehsia ni mmg kena ada Ayda Jebat ke” – Netizen

Setiap manusia sudah tentu ditakdirkan mempunyai rezeki masing-masing. Begitu juga buat golongan selebriti di Malaysia termasuklah penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang sentiasa diberi tawaran sebagai duta untuk sesebuah produk. Malah Ayda Jebat yang juga suami kepada Nabil Mahir sering kali muncul menerusi ruangan iklan billboard dan di laman sosial media.

Baru-baru ini, kapsyen pada salah satu posting Ayda di laman instagram miliknya telah menjadi perhatian apabila Ayda sendiri mendedahkan salah seorang individu memuatnaik tweet di laman Twitter dgn menyatakan perasaan tidak pu4s h4ti pada Ayda.

“Naik menyampah pulak semua iklan Mehsia ni mmg kena ada Ayda Jebat ke?”

Namun, Ayda dengan tenang menyatakan perasaan syukur dan menasihati individu tersebut supaya tidak terlalu bitter.

Lebih mengejutkan, Salah seorang kenalan Ayda yang juga pernah berurusan dengannya mendedahkan Ayda seorang yang sangat komited dan berdisiplin dengan setiap kerja yang diberi.

Maka tidak hairanlah apabila wajah Ayda sentiasa memenuhi ruangan iklan. Sudah tentu sikap profesional Ayda menarik lagi ramai penaja untuk memberi tawaran kepada bakal ibu cantik ini.

Dalam pada itu, posting Ayda tersebut juga memuatnaik video dirinya menari dengan menggayakan gaun cantik berwarna biru menerima hampir 400 ribu tontonan. Lebih jelas kelihatan, baby bump yang telah mencecah hampir 6 bulan itu.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat teruja melihat baby bump milik Ayda dan tidak sabar utk menanti kelahiran cahaya mata yg pertama.

Sebelum ini, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan bakal menimang cahaya mata pada bulan Oktober.

Sumber: Instagram AydaJebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!