“Besar betul pengorbanan ayah, luar biasa ayah yg hebat” – Netizen

Menjadi seorang ayah sememangnya bukanlah tugas yang mudah. Mencari nafkah adalah satu kewajipan untuk seorang ayah tunaikan untuk isteri dan anak-anaknya. Nafkah zahir sudah tentu. Nafkah batin juga tidak terkecuali. Nafkah batin termasuklah berhibur dan bergurau dengan anak-anak dan isteri kerana bergurau senda itu juga dianggap sebagai ‘makanan’ jiwa anak dan isteri.

Siapa tidak mengenali pasangan pelakon yang selalu dilihat sangat romantis antara satu sama lain iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Mereka berdua sering juga dilihat sentiasa mengajak anak-anak mereka bersama melakukan Tiktok dan video di sosial media mereka.

Aeril juga dilihat sebagai seorang ayah yang penyayang dan ‘sporting’ apabila bersama dengan anak-anaknya. Dilihat juga beliau seorang yang sangat suka bergurau dengan isteri dan anak-anaknya di rumah.

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi sebuah video dengan captionnya ” Pengorbanan seorang ayah. Sediakan tisu guys”.

Di dalam video tersebut, dilihat anak-anaknya meminta ibunya seekor kuda terbang seperti yang ditonton di dalam televisyen.

Namun, Wawa Zainal bertanya  mana mungkin mendapatkan kuda terbang. Tetapi Aeril sebagai ayah berkata jangan bersedih kerana beliau akan tunaikan permintaan anak-anaknya itu dan dengan tiba-tiba Aeril berubah menjadi seekor kuda terbang menggunakan efek dalam aplikasi Tiktok. Dimaklumkan semua hanyalah sekadar lakonan mereka semata-mata.

Gelagat Aeril dan keluarga mendapat perhatian netizen di laman ignya dan ramai berseloroh berkata nampak “pengorbanan” seorang ayah kat situ. Ada juga yg menggelar Aeril “CEO of Tiktok” kerana lawak beliau dlm sosial media dan juga dengan keluarga sendiri.

Sifat ‘sporting’ Aeril ini sepatutnya dicontohi kerana kita selalu sinonimkan gelaran ‘Ayah’ itu dengan sifat tegas dan garang terhadap anak isteri.

Seharusnya seorang suami harus bersifat terbuka supaya anak dan isteri kita juga boleh bersifat terbuka dengan suami atau bapa mereka dalam berkongsi apa sahaja yang mereka ingin kongsikan.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!