“Spe yg bg salmon tu terasa hati btol Dato buat mcm tu, rakyat biasa nk beli Salmon pun tak mampu dato” – Netizen

Dato Rizalman cukup dikenali sebagai seorang pereka fesyen yang mempunyai profile tinggi. Pelanggan beliau meliputi pelbagai peringkat sehingga lah Permaisuri Agong juga turut menempah baju daripada beliau. Bagaimanapun personaliti beliau yang sangat merendah diri dan mesra membuatkan para peminat beliau merasa sangat rapat dengannya. Tambahan pula celoteh beliau dalam memberikan nasihat turut menjadi daya menarik buat dirinya.

Selain bidang rekaan fesyen, Dato Rizalman juga turut menceburi bidang masakan dan baru-baru ini beliau juga mempunyai rancangan masakan beliau sendiri iaitu Pung Pang Rizalman.

Buat para peminat yang sering mengikuti perkongsian beliau di instagram, Dato Rizalman juga sering menerima beberapa hadiah daripada para peminat beliau. Antara hadiah yang sering diterimanya adalah makanan.

Walaubagaimanapun menerusi instagram story, Dato Rizalman telah kongsikan terdapat seorang netizen yang telah menegur beliau apabila memberikan ikan salmon kepada kucing. Berkemungkinan besar ikan salmon tersebut merupakan salah satu pemberian peminat.

Menurut netizen itu lagi, rakyat biasa tidak mampu untuk membeli ikan salmon kerana harga ikan salmon agak mahal apatah lagi sekiranya memberikan ikan berkenaan sebagai makanan kucing.

Bagaimanapun Dato Rizalman membidas teguran netizen tersebut dan berkata tidak semestinya kucing hanya layak diberikan nasi sejuk.

Baginya tidak salah untuk memberikan ikan salmon sebagai makanan kucing. Tambahan pula selama ini beliau sememangnya memberikan ikan salmon di dalam tin sebagai makanan untuk kucingnya.

Jika dilihat di akaun instagram beliau, Dato Rizalman sendiri telah menyenaraikan beberapa makanan yg beliau tidak akan terima kerana tidak boleh makan. Tujuan Dato Rizalman berbuat demikian supaya dapat mengelakkan salah faham dan pembaziran.

Dato Rizalman hanya tinggal bersama dua orang anak angkat beliau. Di musim PKP ini mungkin juga beliau mempunyai kekangan untuk memberikan makanan pemberian para peminat yang beliau tidak dapat makan kepada jiran ataupun orang lain. Sekurang-kurangnya makanan tersebut tidak membazir.

Sumber : igs Dato Rizalman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!