“D0ktor tak rasa nak lempang diri sendiri ke” – Netizen

Menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak yang sedang dalam peringkat kanak-kanak dan bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pengorbanan dari segi masa, usaha dan tenaga diperluukan demi memastikan anak-anak mendapatkan input yang terbaik daripada kita sebagai ibu bapa. Bagaimanapun naluri seorang bapa penyayang dan bertanggungjawab yang dimiliki oleh Angkawasan Pertama Negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar membuatkan orang ramai sering mendapatkan nasihat mengenai cara mendidik anak serta ilmu keibubapaan daripada beliau.

Dr Halina cukup bertuah dikurniakan suami seperti Dr Sheikh Muzaffar. Sehingga kini perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan 6 orang cahaya mata dan mereka berdua saling bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam membesarkan anak-anak.

Dr Sheikh juga tidak lokek berkongsi ilmu di media social dan turut memanfaatkan sebaiknya platform yang ada dengan berkomunikasi dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.

Berkongsi beberapa gambar lama di instagram, Dr Sheikh berkata dirinya terjumpa gambar lama ketika pernah menjadi model dahulu. Sebagai kenangan beliau memuatnaik gambar tersebut di instagram buat tatapan para peminat.

Dr Sheikh juga seorang yang aktif di media sosial dan sering melayani pertanyaan serta komen yang ditinggalkan para peminat beliau di ruangan instagram.

Terdapat seorang netizen yang bertanya kepada beliau adakah beliau pernah merasa untuk “lempang diri” ketika perlu bergaya untuk menjayakan tugas sebagai model berkenaan. Menariknya Dr Sheikh berkata beliau juga adakalanya turut merasa sedemikian.

Dr Sheikh Muzaffar yang merupakan seorang doctor berkata beliau ketika itu menceburi bidang peragaan demi mencuba mempelbagaikan pengalaman hidup dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Berikut dikongsikan komen netizen berkenaan.

Dr Sheikh bukan sahaja berjaya sebagai doctor dan angkasawan malahan juga pernah menjadi model. Melihatkan personaliti Dr Sheikh sebagai seorang suami dan bapa yang mithali, rata-rata peminat sangat mengagumi keperibadian yang dimiliki oleh angkawasan pertama negara itu.

Keperibadian Dr Sheikh sangat hebat kerana mampu mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga dengan cukup baik. Semoga kehidupan keluarga ini sentiasa diberkati dan impian Dr Sheikh untuk memiliki seramai mungkin cahaya mata tercapai.

Sumber : ig drsheikhmuzaffar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!