“Berkaca mata Kak Kepom, anak yang baik” – Elly Mazlein

Achey atau nama sebenar beliau Mohd Nasir Hamzah mula mendapat tempat sebagai pelawak setelah menjuarai program Bintang Mencari Bintang musim pertama. Beliau kemudiannya bergabung bersama Fad dan Abam untuk membentuk kumpulan Bocey. Kumpulan Bocey baru-baru ini telah kehiilangan salah seorang anggotanya apabila arwh Abam telah mngal dunia sekitar 10 Februari tahun lalu. Achey dan Fad begitu terkesan apabila kehiilangan seorang sahabat baik malahan sudah pun dianggap bagaikan adik beradik sendiri kerana turut melalui zaman jatuh bangun bersama sewaktu cuba untuk membina nama kumpulan Bocey.

Menyingkap sisi peribadi pelawak ini, beliau isteri masih belum dikurniakan anak kandung setelah hampir 11 tahun berumah tangga bersama Anne atau nama sebenar beliau Nor Hasanah Yahaya. Mereka bagaimanapun telah mengambil seorang anak angkat pada tahun 2018 bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia 3 tahun.

Ramai artis turut sama terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu golongan artis terpaksa mencari pendapatan menerusi sumber yang lain seperti berniaga.

Sekitar pertengah bulan Julai yang lalu pelawak berkenaan terpaksa menjalani pembdahan kerana kedua-dua tangan beliau mengalami kecderaan selepas terjatuh dari motorsikal semasa mengutip durian dikebunnya.

Perancangan asal durian tersebut untuk dijual oleh Achey bersama seorang rakan niaga bagi mendapatkan pendapatan sampingan namun disebabkan masalah kesihatan di alaminya itu rakan niaganya terpaksa meneruskan jualan durian tersebut sendirian.

Kejadian berkenaan menyebabkan tangan kiri beliau paatah manakala tulang tangan kanan pula retak. Keretakkan pada tulang kanan telah disimen oleh doktor.

Insiden yang menimpa Achey itu ibarat malang tidak berbau apabila motorsikal yang ditunggang oleh pelawak berkenaan hiilang kawalan di lereng bukit sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit.

Isteri Achey iaitu Anne telah menceritakan secara ringkas kejadian yang menimpa Achey itu kepada para peminat yang prihatin menerusi beberapa video di Instagram.

Terkini menerusi instagram, pelawak itu telah berkongsi satu video yang menunjukkan tindakan anaknya Nur Tiara Zinnirah membantu Achey untuk memakai baju kerana mengetahui ayahnya itu tidak mampu memakai baju sendiri kerana pergerakan yang terhad kerana tangan masih berbalut. Tindakan Tiara berkenaan mengundang rasa sebak Achey sebagai seorang ayah.

Pastinya Achey merasa sangat bersyukur dengan kehadiran kanak-kanak yang di ambilnya itu ketika masih kecil dan kini telahpun berusia 3 tahun dalam jagaan beliau. Walaupun baru berusia 3 tahun namun hasil didikan Achey dan isteri kini keperibadian kanak-kanak itu sudah boleh dibanggakan.

Sehingga kini video tersebut telah meraih sebanyak 116,440 tontonan walaupun baru sahaja 5 jam dikongsikan oleh Achey. Rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat kasih sayang Tiara terhadap ayahnya itu.

Netizen juga mendoakan supaya Tiara membesar menjadi seorang anak yang solehah dan taatkan kedua ibu bapanya. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Tiaraaaa, jaga abah baik-baik tau.. smoga tiara jadi anak yang baik dan solehah buat abah dan ibu.. aamiin aamiin aamiin ya robbal’alamiin rindu nyaa arwh ayah saya.. “ – Netizen

“Sebak tgok, Erti kasih syg walau bkn sedrah, Moga kasih syg dan perhatiannya pada ayahibu tak pernah kurang hingga ke Jannah.. Aamiin” – Netizen

Teruskan berbakti kepada ibu dan ayah Tiara apabila sudah dewasa nanti ya. Pada usia 3 tahun sudah terlihat keperibadian yang indah pada diri Tiara kerana begitu menyayangi ayahnya.

Semoga Tiara menjadi seorang anak solehah yang tahu untuk membalas kebaikan orang tua. Syabas atas didikan hebat Achey dan isteri beliau terhadap Tiara. Netizen turut mendoakan kesembuhan Achey agar kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber : Instagram achey bocey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!