“Baru 3 hari dah kempis badan kau ye Sam” – Netizen

Memiliki badan yang sado pada masa kini sudah menjadi kebiasaan buat para selebriti bukan sahaja di tanah air kita, tetapi juga bagi kaaum adam di seluruh dunia. Kadang-kadang ada juga perempuan yang berminat memiliki badan seperti ini. Siapa sahaja yang tidak mengimpikan badan yang kelihatan kuat dan sasa kan. Berbadan sasa ni dah macam markah bonus buat para lelaki untuk meningkatkan lagi kualiti yang ada pada diri mereka. Kalau dah hensem, lepastu berbadan sado lagi, fuhhh, gerenti menjadi perhatian para wanita diluar sana.

Sama seperti pelakon terkenal Shaheizy Sam atau lebih selesa dipanggil dengan panggilan pendek Sam, turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan badan yang sado setelah berbulan-bulan tidak masuk ke dalam gym. Perut Sam yang sebelum ini sudah mulai boroi akhirnya akan kembali rata apabila dia mula aktif melakukan workout di dalam gym.

Baru dua jam lepas, Sam telah mengongsikan satu video pendek yang berdurasi kurang daripada 30 saat itu menerusi akaun Instagramnya dan mendapat sebanyak 118,501 tontonan serta 144 komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gaya Sam yang berjalan dengan penuh lenggokan sebelum terjun menjunam ke dalam kolam mandi. Sam dengan selamba berseloroh kononnya mahu menunjukkan hasil workout di gym padahal baru tiga hari Sam mula aktif kembali dengan senaman ni.

Namun yang berjaya mencuri perhatian warganet adalah apabila cermin mata yang dipakai Sam sebelum lompat ke dalam kolam renang itu tidak kelihatan lagi setelah Sam selesai dengan aksi menjunamnya. Agaknya dah jatuh ke dasar kolam la tu. Hikhikhik.

Kebanyakan warganet memberi komen yang hampir serupa antara satu sama yang lain. Sesetengah netizen sengaja mengusik Sam dengan mengatakan perut Sam kelihatan kempis walaupun baru 3 hari kembali ke gym.

Ada juga netizen yang hanya tertawa melihat gelagat Sam ni. Walaupun dah beranak pinak, tingkah lucu Sam ni nampaknya masih sama. Sekurang-kurangnya tak juga stress Syatilla semasa tengah sarat mengandung, ada je gaya lucu Sam yang menghiburkan. Jeritan memekik anak lelaki Sam tu juga aduh, boleh berdaarah telinga min dengar.

Rata-rata komen yang dapat dibaca menerusi ruangan komen video perkongsian Sam ini adalah mengenai nasib cermin mata Sam tu. Banyak juga warganet yang memberi hint tentang ‘misteri’ kehilangan cermin mata Sam.

Isteri Sam juga sempat mentertawakan Sam yang terpinga-pinga mencari kelibat cermin matanya. Tula Sam, terjun kolam bagai tak ingat dunia. Hingga terlupa membuka cermin mata.

Kesinambungan filem Polis EVO 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi pada tahun ini adalah sesuatu yang sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh para peminat Sam.

Patutlah Sam beriya-iya nak kempiskan balik perutnya tu, agar watak Sam sebagai polis dalam filem ini benar-benar bersesuaian dengan keadaan fizikalnya. Lakonan Sam yang sememangnya mantap terbukti apabila Sam telah berjaya memenangi beberapa anugerah dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Selanjutnya, pasti korang dah tak sabar-sabar nak menonton filem Polis EVO 3 yang bakal ditayangkan pada tahun ini kan. Lagi-lagi apabila barisan pelakon yang terkemuka seperti Sam dan Zizan turut membintangi filem ini, pasti berderai tawa penonton kelak.

Apa-apa pun, semoga Sam berjaya dalam misi ‘kembali sado’ ini. Lepas ni, gelagat yang apa lagi Sam nak tunjukkan rasa-rasanya ya?

Sumber: Instagram Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!