“Tak pa, tangan kedut tula pandai cari duit”- Netizen

Kejelitaan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta telah menjadi sebutan ramai sejak beliau muncul di kaca TV menerusi penampilan beliau di dalam drama Diari Ramadhan Rafique pada tahun 2006. Pelakon yang sudah meniti usia akhir 40an ini masih lagi jelita seperti tidak dimamah usia walaupun usianya sudah menjangkau separuh abad.

Ramai wanita yang menjadikan beliau sebagai idola kerana kagum dengan cara beliau mengekalkan kecantikan wajah dan bentuk badan meskipun usianya sudah menjangkau separuh abad.

Che Ta juga semakin ligat dengan pelbagai perniagaan yang di usahakan beliau termasuklah pakaian, tudung, minyak wangi dan yang terkini ialah inai.

Meskipun produk Inai yang di keluarkan oleh Che Ta sebelum ini pernah berdepan dengan kontr0versi susulan produk inai Che Ta di lancarkan hampir serentak dengan seorang rakan artis namun, namun Che Ta menepis dakwaan untuk bersaing dan menegaskan produk masing- masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Baru- baru ini, pelakon terkenal ini terpalit dengan k0ntroversi mengenai penampilan beliau yang di khabarkan sudah berusia. Beliau yang sudahpun meniti usia akhir 40an ini kerap kali di persoalkan mengenai usia dan penampilannya.

Menerusi perkongsian terbaru pelakon ini di Instagram, beliau meluahkan rasa kurang senang dengan kata- kata daripada Netizen yang mempersoalkan mengenai kedut4n di bahagian tangannya.

Che memuatnaik video memaparkan tangannya dan menjelaskan mengenai kedut4n berkenaan yang merupakan urat tangan beliau yang jelas kelihatan kerana fizikal beliau yang kuurus.

Che Ta juga meluahkan rasa terkilan kerana pada asalnya, beliau hanya ingin menonjolkan produk inai yang di pakainya namun kemudiannya Netizen mempersoalkan pula mengenai urat dan kedut4n di tangannya pula. Bersabarlah Che Ta ya.

Menjengah keruangan komen, rata-rata peminat juga menyuruh supaya Che Ta mengabaikan sahaja komen -komen negatif mengenai dirinya itu.

Sudah menjadi lumrah setiap manusia akan berusia dan melalui fasa penuaan. Sebagai seorang manusia biasa, Che Ta juga tidak dapat lari daripada melalui fasa berkenaan.  Berikut merupakan antara komen- komen netizen terhadap perkongsian Che Ta itu.

Bersabarlah Che Ta, dalam kalangan netizen mungkin ada yang kurang senang dengan penampilan Che Ta. Namun begitu, pada usia Che Ta ini tiada siapa yang mampu mengekalkan kejelitaan sehebat Che Ta yang masih lagi menawan persis awal 30an di sebalik usia sebenarnya yang sudah meniti lewat 40an. Awet muda Che Ta.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!