“Haha kalau nak ci0m kpala tu mintak elok2 Acey mesti bg la”- Netizen

Dah ‘tugasnya’ sebagai pelawak, memang ada-ada saja perkongsiannya ke arah itu yang buat penonton tak kering gusi. Begitupun dalam hantaran terbaharu Achey Bocey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah ini, bukan hanya jenaka, tapi ada pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen. Semuanya apabila beliau berkongsikan hantaran menunjukkan aksi dirinya disamping peserta program realiti, Gegar Lawak yang bernama Abe Latte ini.

Ada yang tersentuh hati dan perasaan, ada yang berasa lucu dan tak kurang pula yang ‘risaukan’ keadaan mereka yang sedemikian. Macam mana pula tu ya??? Mana tidaknya, pada mulanya Abe seakan ingin membuat silap mata pada Achey.

Begitupun tika magik ditunjukkan, pada akhirnya Abe mencivm pula kepala Achey yang botak tu diakhiri dengan latar muzik seakan berkaitan pasangan kek4sih. Di akhir video, Achey pula dilihat ‘menakut-nakutkan’ Abe untuk mencivmnya.

Bab mencivm kepala Achey yang tiada rambut dengan latar muzik tersebut memang agak mencuit hati. Ada pula yang melihat keakraban mereka umpama sebagai sahabat yang sangat baik.

Begitupun, ada pula yang bergurau nakal risau jika berkasih-sayang berlebihan antara segolongan sejenis dah jadi bab lain pula. Apa pun yang pasti mereka sememangnya rapat. Siapa lagi berani nak bergurau kalau bukan dengan saudara sendiri kan…

Jangan tak tahu dan buat spekulasi ya… Sebenarnya Abe juga adik ipar Achey. April tahun lalu, adiknya, Natasha Hamzah sah bergelar isteri kepada Abe atau nama sebenarnya Tengku Mohd Fairuz Ku Chik.

Natasha atau Tasha dan Abe bertemu ketika kedua-dua mereka menyertai program Gegar Lawak pada 2019. Sudah tentulah kasih-sayang yang ditunjukkan oleh Achey adalah umpama kasih abang ipar kepada adik iparnya gitu..

Apa pun ada komen netizen di hantaran Achey itu yang agak mencuit hati: ‘Ahahahaha… Kalau nak civm kepala tu mintak elok2 acey mesti bg la’, ‘Mandi jgn shampoo pala..’, ‘hahahahah..comel lah korang’, ‘Sweet sgt ni.. Tu la sama2 PENYAYANG’.

Achey pernah menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Moga hubungan Achey, Abe dan sekeluarga terus baik dan berkongsi lebih banyak lawak jenaka yang boleh mengundang senyum di bibir peminat ya…

Sumber : Achey & Tasha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!