“Baca dlm paper, konsert London lerr Dato K ngorat Tokti” – Netizen

Setiap orang di dalam dunia ini pasti mempunyai masa lalu yang pernah dihadapi dan menjadi menjadi kenangan abadi dalam diri tidak kiralah ianya merupakan kenangan pahit mahupun manis. Para artis juga pastinya mempunyai masa lalu mereka masing-masing lebih-lebih lagi dalam dunia seni hiburan sejak mereka mula menceburkan diri dalam bidang ini sehinggalah sekarang.

Para peminat Dato Siti Nurhaliza yang setia menjadi pengikutnya sejak dahulu lagi pasti masih ingat dengan konsert gilang gemilang yang pernah diadakan di kota besar London. Turut tersenarai dalam Buku Rekod Malaysia, ternyata Dato Siti Nurhaliza memang bukan calang-calang orangnya sejak dahulu lagi apabila dia berjaya memenuhi impian untuk membuat konsert besar-besaran di pentas Royal Albert Hall, London.

Sempena menyambut tahun ke sepuluh dalam penglibatan Dato Siti dalam industri nyanyian tanah air, konsert ini juga turut disertai oleh Dato Fazley Yaakob yang ketika itu turut sama menjayakan konsert tersebut.

Walaupun dahulu waktu mula penglibatan Dato Fazley dalam bidang hiburan terkenal sebagai penyanyi dan pelakon sehingga mampu bernyanyi di pentas antarabangsa, tetapi kini Dato Fazley lebih selesa berada di dapur dan kini lebih popular sebagai chef selebriti sahaja.

Cuplikan video ketika konsert itu telah dimuatnaik oleh Dato Fazley di laman Instagramnya kerana dikatakan ramai yang berkongsi video tersebut kepadanya sejak kebelakangan ini.

Siapa sangka ternyata gandingan dua penyanyi hebat ini dengan membawakan lagu Melayu yang bertajuk Malamku Bermimpi nyanyian asli dari Dato P.Ramlee dan Saloma telah memukau ramai orang yang mendengarnya.

Mendapat sambutan ramai, video itu turut dibanjiri dengan komen dari netizen dan peminat yang masih ingat dengan g0sip yang pernah menimpa pasangan duet hebat ini apabila mereka pernah dig0sipkan bercinta pada waktu dahulu.

Tidak mengiyakan g0sip yang berlayar tersebut, komen dari netizen telah dibidas oleh Dato Fazley dengan mengatakan dia sudah pun menjalin hubungan bersama isternya ketika itu iaitu Datin Azrene Ahmad.

Selain memuji kelunakan dan keenakan suara yang dilantunkan oleh Dato Fazley, para peminat dan netizen juga memuji kekacakan yang dimiliki oleh Dato Fazley masih sama dan awet muda sehingga sekarang. Sehingga ada yang telah tersalah anggap bahawa Dato Fazley adalah ‘pak Arab’ ketika berjumpa di luar skrin.

Para peminat telah mengungkapkan perasaan yang sangat bangga terhadap Dato Siti dan Dato Fazley kerana berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan berjaya memukau hampir 2500 orang penonton dan peminat yang hadir ketika itu.

Kalau masih ada kesempatan, pasti masih ramai yang ingin menyaksikan konsert gilang-gemilang ini diadakan sekali lagi oleh Dato Siti dan Dato Fazley yang turut bertanggungjawab sebagai penganjur eksekutif ketika itu. Kalau ada rezeki, apa salahnya kan.

Sumber: Instagram Dato Fazley

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!