“Dah mcm telur bungkus haha”- Netizen

Sememangnya mempunyai rakan sekerja yang masuk air ni sangat lah seronok. Mana taknya, takdelah nak stress je setiap masa kan, dek kerana adanya lawak yang melucukan daripada rakan sekerja sekalian. Pasti tak kering gusi dibuatnya, duk ketawa sana sini dengan lawak yang tiada penghujungnya tu.

Korang suka tak dengar radio Sinar ? Mesti korang semua cukup kenal kan siapa dj-dj dan semua crews yang ada di sana. Dengar suara je sudah pasti terus nak ketawa, mana taknya, kalau tiap-tiap hari duk dengar lawak mereka yang lucu tu.

Hari-hari bersama geng Sinar adalah seperti yang biasanya, tak henti-henti dengan lawak jenaka mereka tu. Tu baru dengar suara tau, belum lagi tengok rupa paras dan reaksi mereka semua, kalau tak, lagilah lawak.

Tapi, harini bukan main lagi eh semua duk pakai pakaian beragam. Comel betul eh gaya masing-masing. Kalau korang tengok video yang diupload, sudah pasti korang terbahak-bahak tau tengok gaya pakaian yang mereka pakai tu.

Dengan Angah yang memakai seperti seorang askar tu, ingatkan nak pergi ke mana lah ye pakai macam tu. Rupanya pergi kerja, boleh pulak beliau decide untuk pakai fashion macam tu ye harini. Kelakar betul. Tak henti kita ni gelak.

Jep pulak, macam zaman-zaman retro dulu. Para netizen semua duk komen tanya, pakai seluar wife beliau ke ? Mana taknya, belang-belang dah macam seluar Sari Yanti je. Aduhai, kalau tiap-tiap hari macam ni kelakar juga ya.

Rahim yang seolah-olah jadi Avengers tu, tapi siapa sangka pertandingan Rahim yang menang tau. Yelah, tengok effort beliau pun bukan main lagi ye harini. Lain pada yang lain tau, semangat dia memang padu dan sangat bersedia.

Dan sudah semestinya Elizad yang memakai baju kebaya begitu cantik sekali. Elizad nampak simple, tapi sangat cantik dan sangat manis berbaju kebaya. Kalau tiap hari macam ni pun tak jemu mata memandang. Cair kita dibuatnya.

Justeru, memang tak dapat dinafikan mereka semua sangat menghiburkan hati kita semua. Dengan torchlight yang dipakai oleh Angah tu, tak habis-habis berkelip dalam konti tu tau. Seronon betul kalau ada officemate macam mereka semua tu.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!