“Bahagia rasanya tgk mummy dan daddy bahagia”- Netizen

Mas Idayu atau nama sebenar beliau Masidayu Mesnun merupakan seorang penyanyi wanita bergenre dangdut di Malaysia. Selepas hampir 16 tahun menggalas status sebagai ibu tunggal, Mas Idayu kembali memegang gelaran isteri apabila baru sahaja selamat di ijabkabul dengan pasangannya, Muhamad Sufian Isa yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3 hanya dengan sekali lafaz.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini setelah sama- sama terlibat menerusi program Lagu Cinta Kita.

Sebelum ini Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 dan berc3rai sembilan tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup berdua, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Bercerita lanjut mengenai pilihan hatinya, Sufian Isa merupakan seorang penerbit program televisyen di sebuah stesen swasta.

Baru-baru ini rumahtangga Mas Idayu di khabarkan bermasalah ekoran satu hantaran penyanyi dangdut berkenaan di Instagram beliau yang berkongsikan video seorang wanita yang menunjukkan wajah gembira namun kemudiannya menangis seolah- olah sedang menyembunyikan kesedihannya sendiri.

Hantaran tersebut menyebabkan netizen mula membuat spekulasi sendiri dan mengaitkan masalah berkenaan dengan rumahtangga Mas Idayu yang baru sahaja di bina pada pertengahan bulan lalu.

Mas Idayu bagaimanapun menyangkal spekulasi berkenaan dengan mengatakan bahawa rumahtangga beliau dalam keadaan baik. Terbaru, Mas Idayu berkongsi satu video terkini beliau bersama suaminya Sufian Isa.

Di posting berkenaan, Mas Idayu berkongsi bahawa beliau sejak dari dahulu gemar memuatnaik hantaran yang amat dekat dengan pengalaman orang di luar sana.

Namun begitu posting tersebut tidak bermaksud menggambarkan keadaan diri beliau sendiri. Sebaliknya Mas Idayu berkata beliau suka mendengar komen orang lain yang berbagi rasa dengannya.

Tulis Mommy lagi, bu4h h4tinya hanya seorang sahaja dan inai di j4rinya juga sudah semakin memudar. Namun begitu beliau mengharapkan semoga Allah menyimpulkan hati beliau dan suaminya itu seerat mungkin.

Menjengah keruangan komen, luahan tulisan Mummy itu turut sama di rasai oleh netizen dan mereka juga turut mendoakan kebahagiaan yang di kecapi oleh Mummy itu berkekalan setelah hampir 16 tahun Mummy menjadi ibu tunggal.

Ruangan komen juga di penuhi ucapan dan doa yang baik- baik daripada warganet. Berikut di kongsikan komen- komen berkenaan.

Mummy Mas Idayu sebelum ini juga terkenal dengan tagline beliau ‘ada nampak mummy’ selepas insiden komentar beliau di satu program hiburan menjadi tular.

Semoga perkahwinan kali kedua ini berkekalan. Mas Idayu juuga berharap perkahwinan kedua ini akan membawa kebahagiaan berbanding perkahwinan sebelumnya.

Sumber: Instagram masidayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!