“Tak cukup dgn bubur, seluar pun dirembat”- Netizen

Semalam telah berlangsungnya acara ‘Catwalk’ yang di anjurkan oleh stesen radio Sinar FM bagi para penyampai segmen Sinar Pagi. Tema CatWalk berkenaan adalah mengikut karakter dan personaliti diri masing- masing. Manakala pelakon Ramona Zam Zam di lantik menjadi juri bagi acara tersebut. Pakaian yang di pakai oleh para penyampai bagi acara berkenaan menjadi tumpuan warganet.

Menerusi media sosial tular satu video perkongsian akuan rasmi daripada stesen Radio Sinarfm yang memaparkan penyampai-penyampai radio iaitu Jep, Rahim dan Angah memakai kostum yang agak pelik di konti radio tersebut bersempena dengan acara berkenaan. Siti Elizad pula tampil anggun dengan berkebaya.

Walau bagaimanapun, ternyata penampilan Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin nampaknya yang paling mengundang tawa peminat dan warganet apabila dia tampil dengan imej kononnya menjadi penyanyi rock dulu-dulu.

Tidak hanya itu, seluar yang dipakai Jep juga menjadi perbualan oleh warganet. Kalau dah namanya Jep, ada-ada sahaja telatahnya yang membuatkan peminat tak kering gusi.

Gelagat Jep Sepahtu yang bukan hanya bergaya, namun siap berlakon seolah dirinya memang rockstar habis membuatkan warganet terhibur dengannya.

Walaubagaimanpun, seluar legging bercorak belang yang digayakan oleh Jep itu pula telah mencuri perhatian ramai.

Seluar ketat dengan corak hitam putih itu membuatkan ramai meneka bahawa Jep meminjam seluar isterinya Sari Yanti untuk bergaya sakan pada hari ini.

Persoalan netizen itu tidak di biarkan lama apabila teka teki pemilik asal seluar legging tersebut akhirnya terjawab dengan hantaran terbaru di Instagram Sariyanti.

Sariyanti menerusi satu muat naik terbaru di Instagram peribadinya berkongsi background bercorak belang hitam putih dengan lagu latar pulangkan nyanyian Misha Omar sekaligus menjawab soalan netizen yang memenuhi ruangan komen Instagram Jep berkenaan.

Untuk rekod, dalam acara berkenaan Jep memakai baju ala-ala rockstar rock kapak, Angah pula berpakaian seperti askar manakala Rahim memakai baju superhero ‘Thor’.

Dalam video tersebut, Jep membuatkan netizen berdekah apabila dia berkata yang Rahim ialah superhero walaupun nampak seperti raksasa.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen begitu terhibur dengan gelagat suami isteri tersebut. Ada sahaja usikan antara mereka berdua yang membuatkan warganet turut serta dan membahan Jep. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Memang nampak macam rockstar sungguh Jep semalam ya rupanya hasil rembat seluar bini ya malah di ruangan komen pula ada yang bertanyakan adakah ini disebabkan bubur pedas yang disuapkan oleh isterinya itu beberapa hari lalu hinggakan Jep jadi sebegini. Hebat betul penangan bubur ni.

Sumber: ig sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!