“Jarang tgk bos halau org balik ikot time” – Netizen

Biasa mereka yang bekerja makan gaji akan cuba menyelesaikan tugasan telah diberikan majikan mengikut dateline diberikan. Bila tiba waktu pulang dari waktu kerja, kebanyakan dalam kalangan kita akan berbuat demikian, barangkali dek memikirkan tanggungjawab lain misalnya kepada keluarga juga ada justeru harus bijak membahagikan masa. Namun demikian, lain pula dengan staf kepada selebriti, Datuk AC Mizal ini.

Sampaikan AC terpaksa meminta stafnya pulang segera kerana sudah taamat waktu bekerja jam 6 petang. Beliau turut mengingatkan pendingin hawa dan wifi ditutup selepas waktu itu.

Pasti alasannya agar stafnya balik mengikut waktu kerja telah ditetapkan. Di saat majikan lain gembira staf hendak stayback lagi gamaknya untuk siapkan kerja, lain pula dengan AC ya…

Untunglah siapa yang kerja dengan AC dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida ini ya. Sama ada AC benar serius dalam video dikongsikan isterinya itu, atau berjenaka tak pula dipastikan.

Namun dalam kapsyen hantaran Emylia menyebut video itu di ‘up’ kan stafnya selain dirinya di tag. Pastinya staf tersebut hendak berkongsi gelagat dan sikap AC yang sedemikian tika di tempat kerja.

“Jarang tgk bos halau org balik ikot time… biasa bos bia kn je ank buah kerja lbh masa tnpa dibayar”, “Mana ada bos halau staf blk mcm ni, suruh stay buat kerja adalah”,

“Mmg betul rupanya kul 6 semua staf kene balik..hahaha. Hari tu dlm kelas Dato’ ada share.. ingatkan main2”.

Itu antara komen netizen. Sudah tentu maknanya bekerja di tempat AC semua kena balik jam 6 petang. Tak ada kerja lebih masa ya…Rupanya tak kurang yang tertanya-tanya video itu main-main atau betul.

Dalam pada itu ramai juga yang tertarik dan mintak kerja di tempat AC, apatah lagi dapat bos lucu sepertinya. Sudah pasti masa bekerja AC serius, jika tak takkan capai apa dikecapinya kini bukan?

AC mengembangkan sayapnya dengan membuka stesen televisyen, Suke TV sejak lima tahun lalu, namun semakin terserlah perniagaannya itu sejak dua menjak ini apabila ia kian dikenali.

Pastinya berkah usahanya itu apatah lagi kongsi AC, beliau dan isteri berhasrat agar dengan wujudnya stesen TV tersebut dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain.

Sumber : IG Emylia Rosnaida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!