“Lain sgt suara live dgn dlm MV”- Netizen

Sekarang dengar cerita tengah meletup-letup lagu usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau DSV sejak pelancaran muzik video nya, baru-baru ini. Baharu dua hari, lagu Ku Ikhlaskan nyanyiannya itu dikhabarkan dah lebih sejuta view. Pastinya, selain muzik video dengan busana pelik-pelik dan unik yang disarungnya dalam MV itu, antara menarik perhatian bila ramai yang sudi menadah telinga mendengar lantunan suaranya. Apatah lagi beliau juga seorang yang tak lokek berkongsi pandangan terhadap nyanyian orang lain terutama dalam sebuah program realiti nyanyian.

Secara peribadi, pada pandangan penulis yang tak ada latar belakang muzik ni, suara DSV tatkala menyanyi ini bolehlah tahan. Terasa juga keikhlasan dalam lontarannya sehingga ‘sampai’ ke hati ini. Barangkali penulis seorang yang mudah tersentuh.

Biasalah, seperti rupa paras, nyanyian juga mungkin boleh dikatakan agak subjektif untuk dinilai dan dikategorikan ‘sedap’. Jika pada seseorang ia lunak didengari, pada sesetengah yang lain mungkin pulak sebaliknya.

Buat DSV yang ‘makanannya’ bisnes, pada sesetengah orang mungkin cara nyanyiannya itu sudah cukup bagus. Sedap didengari terutama dalam MV tersebut. Namun demikian, ada pula menyifatkan bila lontarannya suaranya dalam live, sebaliknya pula.

DSV belanja live suaranya itu ketika berada dalam kenderaan sambil mempromosikan minyak wanginya. Gamaknya faktor keadaan sedemikian mempeng4ruhi cara nyanyiannya. Atau mungkin lain orang, lain kedengaran di halwa telinganya.

“Kenapa dalam YouTube suara umur 17 tahun, dalam live agak kedengaran senior 71 tahun”, “Jadi tak ikhlas plk dgr live”, “This is example money cannot buy talent”, “Tak sama pun suara. Sekarang ni boleh ejas2 suara bagi sedap”, “Nyanyi live tak sedap”. Itu antara komen netizen di hantarannya itu.

Begitupun, tak kurang juga yang merasakan suara lontarannya itu sudah cukup memuaskan hingga ada mencadangkan lagu nyanyian DSV dapat masuk mana-mana pertandingan besar tempatan. Wah hebat betul DSV.

DSV dah ada peminat tersendiri untuk cabang baru dirinya dalam bidang seni pula. Sebelum ini beliau juga pernah memecah kesunyian industri seni lagu tanah air dengan Lagu I Am Me. Jika lagu sebelumnya dengan lirik dan muzik lebih ceria, kali ini berbeza pula.

Pada 14 Julai 2017, DSV telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk “I Am Me” yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih 50,000 tontonan di YouTube dalam masa dua hari.

Nampaknya kali ini lebih lagi meletup ya. Apa pun selamat maju jaya buat DSV dalam apa jua bidang diceburi. Kuat betul semangat DSV, biar apa pun dikatakan netizen, ada sahaja benda baru dibuatnya.

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!