“Tak k0tor ke baju tu meleret leret”- Netizen

Sejak bergelar seorang ibu pada bulan Januari yang lalu, soalan mengenai anaknya Muhammad Bilal seolah- olah tidak berkesudahan. Ramai peminat yang tidak sabar untuk menatap wajah comel anak beliau bersama cinta hatinya PU Riz. Sejak awal kehamilan Neelofa membuat keputusan untuk tidak mengesahkan beliau berbadan dua, sehinggalah orang ramai menyedari perubahan keadaan fizikal dirinya telah berubah.

Neelofa dan PU Riz telahpun di kurniakan zuriat pertama mereka pada 29 Januari yang lalu sekitar jam 3.44 petang. Setelah 7 hari di lahirkan, pasangan ini telah berkongsi kepada para peminat mereka nama buah hati sulung mereka itu. Pasangan itu telah mengumumkan nama bagi anak lelaki sulung mereka iaitu Muhammad Bilal.

Menurut bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu itu sepatutnya dijadualkan lahir pada hari yang sama dengan tarikh kelahirannya iaitu 10 Februari.

Lebih istimewa, sempena ulang tahun kelahiran Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, usahawan terkenal itu menyifatkan kelahiran cahaya mata sulungnya Muhammad Bilal sebagai hadiah hari jadi terhebat kurniaan Allah SWT kepadanya.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih belum mendedahkan wajah anak mereka kepada orang ramai.

Kongsi Neelofa lagi beliau kerap menerima DM (Direct Message) menerusi media sosial bertanyakan mengenai wajah Muhammad Bilal.

Namun begitu beliau dan suami berkata mereka masih menunggu waktu yang sesuai sebelum membuat keputusan untuk berkongsi wajah Muhammad Bilal kepada orang ramai.

Kongsi PU Riz lagi, beliau dan Neelofa sepakat menggunakan panggilan Abah dan Umi. Keserhanaaan pasangan ini dalam menggunakan nama panggilan buat anak- anak menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden.

Menerusi perkongsian di Instagram salah seorang peminat iaitu Lofa World, satu video yang merakamkan perkembangan terbaru Neelofa telah di muatnaik.

Sepertimana yang di kongsi di Instagram Neelofa sendiri, selebriti berkenaan telahpun kembali bekerja setelah selesai menjalani tempoh berpantang.

Video yang di muatnaik di Instagram berkenaan memaparkan Neelofa memakai baju berwarna merah jambu menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Waqaf Al Quran yang di kendalikan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.

Menariknya baju gaun labuh yang di pakai oleh Neelofa itu menarik perhatian warganet kerana kainnya yang agak labuh dan meleret ke belakang.

Menjengah keruangan komen, warganet berbagi pandangan terhadap pakaian yang di pakai oleh Neelofa tersebut. Ada yang memuji namun ada pula yang sebaliknya.

Rata- ratanya mereka juga menyuarakan pendapat mengenai kebersihan baju berkenaan sekiranya di pakai sehingga meleret.

“She is a celebrity, apa saalahnye sesekali dia nk berfesyen..tutup aurat pn kan, lgpun tmpat tu bersih je..ada hadis nabi pun cerita tentang ummu salamah pakai baju meleret..

ummu salamah tanya kena angkat ke kain kl lalu tmpat kotor..nabi kata tak perlu angkat. Pkaian wanita blh meleret sampai sehasta dari buku lali. Yg tak blh pakai meleret tu lelaki.” – Netizen

“ntahla, tapi aku penah terbaca hadis pasal orang yg berjalan dengan menyeret pakaian dengan megah x ciiuuuum bau syurga. tak tau la kalo baju seret lantai tu nak sapu2” – Netizen

Khabarnya Neelofa juga telah kehiilangan sebanyak 15 kilogram setelah melahirkan buah hati pertamanya itu. Wah hebatnya Neelofa. Banyak juga susut berat badan Neelofa setelah selesai berpantang ya.

Sumber: ig lofa world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!