“Ya Allah bkn senang nak rumah besar ni, keje setengah mamp0s”- Chef Wan

Siapa tak kenal cef selebriti nan seorang ini. Selain dikenali dek merupakan figura masakan dalam negara, malah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, warna-warni dan latar belakang kehidupannya menarik perhatian netizen. Kadang tak salah jika dikatakan, apa yang dikongsikannya malah dicoret rakan media tentang al kisah dirinya turut menyuntik inspirasi untuk melakukan perkara sama seperti selebriti, Datuk Cef Wan ini yang sememangnya terkenal dek kepetahan dan kadang ‘biisa lontarannya’ dalam berkata-kata yang pasti ada motif baiknya. Maklumlah beliau otai masih berbisa.

Di sebalik beberapa siri panas lontaran Cef Wan, selain kisah rumah tangga dua anaknya sebelum ini, ada sisi lain pada dirinya yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Antara men1nggalkan bekas pada netizen ialah cara dirinya memberikan ‘value’ kepada anak-anaknya, Cef Riz dan Serina.

Betapa banyak sudah dilaburkannya untuk menyelesaikan k3s mahkamah anaknya, hal membelakangkan perkahwinan dan macam-macam lagi k3s anaknya diketengahkan media, dia memberikan contoh terbaik dalam membantu menyelesaikannya.

Sebagai bapa, Cef Wan telah memberikan sokongan kepada anak-anaknya walaupun pernah mendedahkan bahawa beliau dibalas tuba oleh bekas menantu. Begitupun, dengan perkongsian di medsosnya, beliau menunjukkan teladan baik sebagai bapa dan mentua yang boleh diikuti.

Satu lagi, sebagai seorang anak, cara Cef Wan melayan ibunya, Che Ani yang menghidap Alzhe1mer dan dem3ntia selain sudah berusia, amat dikagumi netizen. Selain sering menghiburkan ibunya, bahkan acap kali membawanya ke majlis-majlis, layanan terhadap sosok ibunya juga mengagumkan.

Bersahaja dan secara luaran dilihat penuh kesabaran, itulah Cef Wan. Belum lagi mengimbas perkongsiannya dalam melayan dan menghulurkan sumbangan pada 4rwah bekas isterinya walaupun pada ketika itu sudahpun berpisah.

Kebaikan anak sulung dari tujuh beradik dengan nama sebenarnya Redzuawan Ismail ini juga dapat dilihat apabila berkongsi rasa gembira dapat membantu semua ahli keluarganya yang mempunyai masalah kewangan serta masalah peribadi.

Antara ya, beliau membantu anak buahnya sambung belajar, ada yang nak beli komputer riba, malah, kakaknya yang janda pun ditanggung. Baginya, itu semua tanggungjawab. Terbaharu, beliau berkongsi tentang kegigihan nya untuk memiliki kediaman boleh capai kira-kira 4.2 juta nilainya masa kini.

Begitupun, untuk mendapat aset rumah sebesar itu, kongsi beliau di hantarannya ia bukan sesuatu yang mudah. Akuinya, beliau perlu bekerja hingga ke tahap yang disifatkannya separuh m4ti. Selama sembilan tahun untuk menyelesaikan harga rumah itu ‘siksa’ katanya.

Begitupun, dapat dilihat kegigihan Cef Wan. Ramai mengakui kagum. Ya… Ada sesuatu sebenarnya yang dapat dilihat di sebaliknya ujian dilalui beliau. Tak dinafikan, semuanya sangat memberikan inspirasi untuk menghadapi dan tak mustahil untuk berjaya seperti. Setiap ujian ada balasan kan…

Sumber : IG Datuk Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!