“Ini tandas tetamu, tak yah tengok lah” – DS Vida

Seronoknya dapat bertemu insan yang dijadikan kawan baik. Pernah juga dia berkongsi di medsosnya yang usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) adalah idolanya. Terserlah tampak keakraban keduanya tatkala bertemu apatah lagi momen itu dikongsikan di medsos masing-masing. Barangkali itu sebabnya ‘tempias’ DSV juga melekat padanya apabila perwatakan dirinya menjadi perhatian.

Pun begitu, lain pula pandangan netizen terhadap pengasas produk dikenali dengan nama, Ika Ekora ini. Gaya dan penampilannya menancap mata memandang. Mana taknya agak s3ksi juga.

Dengan baju ket4t yang singkat hingga menampakkan sebahagian pinggang, bahagian belahan dada pakaian dikenakannya itu juga agak terdedah hingga menampakkan ‘lurah d3ndam’.

Haishhh mana tak terkejut netizen dibuatnya apatah lagi jika dibandingkan dengan DSV dalam video itu yang nampaknya lebih bersopan dan tertutup sebagimana penampilan seorang mvslimah sepatutnya.

“Pakaian hurmmmm.. malu ng3ri jah… taw syurga..taw akhirat..tp…”, “Anda diperhatikan”, “S3ksinya”, “Dato lebih anggun jika pakai gaun warna lembut… teruslah seperti itu ya..”. Itu antara komen netizen.

Dalam masa sama ada juga mengharapkan agar DSV kekal dengan penampilannya dengan busana berwarna selembut berbanding dirinya yang gemar mengenakan pakaian terang sebelum ini.

Terdahulu dalam video dikongsikan kelihatan DSV menunjukkan bahagian dalam rumah kepada Ekora di samping memberikan wanita itu mencivm bauan minyak wangi syarikatnya.

Untuk info jika menjengah ke medsos Ekora, dia sememangnya sudah biasa berpenampilan sedemikian, kadang berhijab dan kadang sebaliknya. Pastinya dia punya alasan tersendiri.

Apa pun tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini. Jika ada yang mahu melihat penampilannya seperti diingini doakan saja sudahlah. Apalah daya kita untuk mengubah cara dan gaya seseorang.

Ekora sebelum ini pernah tular dek beberapa kisahnya. Antaranya kerana dia dan suami memvkul anak, k3s anak yang bernikah awal dan beberapa lagi. Agak p4nas juga ya…

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!