“Mirul ni dah kira level Imran Bard, tak buat apa pun kelakar”- Netizen

Untuk membuat kelakar atau melawak secara bersahaja atau spontan, ataupun tengah berlatih berulang kali namun jika tiada bakat pasti tidak akan nampak hasil yang diingini. Namun sebaliknya pula dengan Amirul, suami kepada Ain Edruce. Beliau kelihatan tidak berbakat berlakon namun lakonan beliau membuat orang yang melihatnya terhibur dan merasakan beliau sedang membuat lawak tanpa sengaja.

Setiap yang dimuat naik lakonan bersama Ain didalam pemasaran jualan, memang Amirul lebih menyerlah meskipun tidak perlu bercakap.

Bukan sahaja berlakon malah mimik muka Amirul selamba sahaja walaupun dengan hanya bergambar.

Nasib baik lah Soraya ikut jejak langkah Ain, ada juga lah kawan untuk Ain. Tetapi meskipun Amirul sedemikian, beliau tetap layan dengan baik kerenah isteri tercintanya itu.

Itulah kerenah si isteri yang seringkali menyuruh suaminya ikut serta berlakon. Menjadi pula itu sehinggakan disamakan dengan Imran Bard. Imran Bald ini bukanlah artis namun beliau sudah sama popular akibat kelakar yang ada dalam diri.

Memang tak perlu Amirul berbuat apa, hanya berdiri di sebelah Ain sahaja pun memang sudah lawak dan kelakar. Aura Imran Bald ada padanya, atau lebih lagi. Beruntungnya Ain dapat suami begini.

“Ahahahah mirul mirul”, “macam betul betul kena beduk”, dan banyak lagi komen-komen netizen yang memberikan komen pada ruangan komen Ain.

Perkongsian tersebut memang memberikan pil gembira kepada netizen dan penonton yang melihat. Inilah antara komen-komen yang gembira dan terhibur.

Ain memang suka berhibur dan seorang yang ceria juga periang. Berlainan Amirul lebih kepada pemalu dan pendiam namun, ialah pelengkap sebenarnya.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!