“Wow banyaknya air teh abang Fizo beli, habis ke minum” – Netizen

Kebiasaannya pengantin baru pasti akan menjengah ke kampung halaman pasangan masing-masing bagi mengenali saudara-mara sekali gus asal-usul insan tersayang. Itu jualah yang dilakukan pelakon yang juga duda ‘paanas’ sebelum ini, tapi sekarang sudah bergelar suami orang, Pelakon popular dan usahawan Fizo Omar yang membawa isteri tersayang ke tanah kelahirannya iaitu di Kelantan.

Baharu sahaja bernikah 22 Oktober lalu, Fizo atau lebih mesra membahasakan dirinya Abe Joe nampaknya tidak lokek menayangkan momen manisnya bersama isteri cantik manis, Fazeera Nazri Azrai yang dipercayai berasal dari Sarawak di medsosnya.

Dalam posting terbaharunya, Fizo berkongsi keceriaannya bersama buah hatinya itu yang dibawa pulang ke Kelantan dengan kapsyen di IG beliau: A wonderful evening in Kota Bharu. Dimuatnaik lebih 15 jam lalu, video tersebut mendapat lebih 300k views.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah lokasi beliau dan isteri yang umpama berada di sebuah rumah terapung di tepi sungai. Dekorasi dalamannya agak cantik, siap boleh memasak dengan menghadap keindahan alam di luar ‘rumah’ di tepi sungai.

Jika lihat menu yang dimasak oleh Fizo juga nampak sedap-sedap dan terliur netizen dibuatnya. Pun begitu, apa yang lebih menancap mata netizen ialah air sungai dikunjunginya itu tampak ‘serram’ dan diumpamakan seperti warna teh tarik pekat. Malah ada berseloroh di ruang komen dengan menyifatkan ‘banyak teh tarik Fizo beli, boleh abis ke???’

Menariknya, ‘isu’ sungai itu turut mengundang diskusi dalam kalangan netizen di ruangan komen apabila ada yang mendakwa air sungai itu ‘k0tor’. Begitupun, terdapat netizen yang memberikan maklum balas ia bukan kotor, sebaliknya sememangnya sebegitu.

Ada juga yang mengatakan kononnya ia disebabkan ativiti pembalakan dan tak kurang yang menyatakan warna air sungai itu sedemikian kerana musim hujan akhir-akhir ini. Wallahualam. Apa pun, Fizo nampaknya tetap ceria ketika menikmati saat indah dengan menaiki jet ski bersama isteri tersayang di situ.

Terbukti, selain mengikut perkembangan artis tempatan, syukurlah netizen kita masih prihatin dengan keadaan sungai setempat. Moga tidak hanya pandai berkata-kata, sebaliknya sama-sama kita menjaga kebersihan sungai dan alam kita.

Sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada 10 November 2013.  Hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017. Fizo dan Mawar kemudiannya bercerrai pada 10 Julai 2019.

Apa pun didoakan semoga jodoh Fizo bersama Fazeera, 25, yang dikhabarkan seorang bekas pramugari kali ini terus berkekalan hingga ke jannah.

Sumber : Ig Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!