“Lengan tu kalau tmpaar saya memang biisu selamanya” – Netizen

Memiliki tubuuh yang sasa sememangnya idaman setiap lelaki. Pun demikian, untuk mengecapinya bukan mudah kerana sudah tentu ada usaha keras yang perlu dilakukan. Kalau setakat workout biasa-biasa harus hasilnya tidak seberapa. Barangkali itu juga yang cuba dikongsikan model dan aktor kacak idaman Malaya, popular di kaca TV yang menjadi kegilaan ramai, Zul Ariffin.

Dari sehari ke sehari, lelaki yang lahir pada 25 Oktober 1986 dan berasal dari Taiping, Perak ini nampaknya maintain berketak. Foto terbaharu yang dikongsikan beliau di IG membuktikannya.

Dengan kapsyen dicoretnya yang mengatakan bahawa beliau ke gim kerana teruja untuk memulakan penggambaran setelah sekian lama, menurut Zul, beliau sudah bersedia untuk itu.

Apa yang menarik, walaupun dimaklumkan telah lama tidak ke gim, netizen prihatin akan perkembangannya melihat Zul tetap berjaya mengekalkan bentuk badan yang sado. Dah tentu beliau tak duduk diam saja di rumah terutama di musim PKP lalu.

Tidak hanya berotot dengan urat-urat yang timbul di bahagian lengan, sebaliknya bahagian kakinya juga tidak kurang berkeberadaan sedemikian. Fuhhh… apa yang dilakukan selebriti dengan nama sebenar Zulkifli yang popular ini?.

Jika meninjau perkongsian beliau baru-baru ini di medsosnya, untuk kekal sihat dan aktif, Zul akan cuba meluangkan masa selama 30 minit dengan bersenam. Menurutnya, buat senaman ringkas dengan 6,000 langkah sehari pun dah cukup.

Coretnya, untuk mencapai 200,000 langkah dalam sebulan, beliau cuma perlu konsisten saja. Ha mampu? Dah tentu selain itu, ada aktiviti sihat dilakukan Zul bagi mendapat tubuh badan kekar seperti dalam banyak perkongsian foto di IG nya.

Melihat tubuhnya yang sedemikian, netizen pantas mngalkan maklum balas di ruangan komen dan ada antaranya yang mencuit hati. Hinggakan ada netizen yang menyifatkan melihat lengan Zul, kalau dia menampar pun boleh bisu selamanya… Adehla…

Apa pun perkongsian Zul ini sememangnya memberi inspirasi khususnya buat mereka yang mengimpikan untuk memiliki tubuh seperti Zul.

Yang tak pernah-pernah ke pusat gim pun boleh tetibe teruja ke sana dibuatnya. Pun begitu jangan cepat mengharapkan perubahan sekelip mata. Semuanya perluukan usaha dan istiqomah.

Dengan rupa, badan sasa, tinggi, lakonan yang tidak mengecewakan, tidak hairanlah pelakon popular dengan drama Rindu Awak 200 Peratus ini sentiasa terpilih menjadi hero drama dan filem.

Sumber : Ig Zul Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!