“Anak2 mami zaman sekarang lagi dasyat g0sip depa”- Mawar Karim

Sebut saja nama Wan Maryam, pasti teringat gelagat anak comel ini yang selalu dikongsi ibu bapanya, Fizo Omar dan Mawar Karim menerusi laman Instagram. Malah Maryam juga rapat dengan ibu tirinya, Fazeera. Ke mana saja Fizo dan Fazeera berada, pasti ada si cilik Maryam bersama. Namun ia bukanlah bermaksud Maryam tidak rapat dengan ibu kandungnya seperti yang disalah anggap oleh netizen.

Maryam dikatakan masih duduk bersama dengan ibunya dan dijaga secara bergilir-gilir oleh Mawar serta Fizo

Jika lihat pada posting Instagram Mawar, beliau baru-baru ini telah memuatnaik video gelagat Maryam setelah sekian lama tidak berkongsi video telatah comel Maryam.

Video Maryam bersama teman baiknya mencuri tumpuan netizen yang melihatnya. Gelagat Maryam dengan gaya berkaca mata pink memang vogue sama macam ibunya. Memang style anak mami betul bila tengok Maryam ni..

Dalam pada itu, video yang dimuatnaik Mawar telah menerima tontonan sehingga hampir 90,000.

Rata-rata netizen cukup teruja melihat gelagat Maryam yang semakin membesar dan cantik sama seperti ibunya.

Ada juga sebahagian netizen melihat wajah maryam lebih kepada bapanya yang berasal dari Kelantan.

“Hamboi cik yam ,kemain bergaya. Maryam ni takde gaya anak mami pun, gaya mek kelantan adalah”-Netizen

Sumber: Instagram Mawarkarim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!