“Bygkan klu per0mp4k nk mer0mp4k, ayo lmbat nak tutup pintu tu”- Netizen

Setiap orang sudah tentu mempunyai impian yang besar. Salah satu impian adalah dengan ingin memiliki kereta berjenama mewah. Tipulah jika kita tiada langsung angan-angan untuk mempunyai kereta mewah yang popular. Memandangkan harga level kayangan, kereta berjenama tempatan pun sudah berbaloi. Kereta sememangnya antara kenderaan yang penting buat kita semua untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Jika kita lihat, kereta berjenama mewah yang popular di Malaysia antaranya Audi, Mercedes Benz, BMW dan termasuk juga Tesla. Harga kereta mewah ni pun dah boleh dapat sebuah rumah tau..

Keunikan kereta mewah juga membuatkan isteri kepada pelakon popular Remy Ishak iaitu Ezza turut menyukainya.

Ezza yang juga merupakan usahawan telah berkongsi video menaiki kereta mewah berjenama Tesla seakan-akan mahu membeli kereta tersebut. Wah untungnya kalau dapat sebiji kereta mewah kan..

Menerusi video tersebut, Ezza menaiki kenderaan mewah tersebut yang memiliki pintu khas sehingga menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen teruja melihat pintu kenderaan mewah itu dan jarang sekali dimiliki rakyat Malaysia.

Sementara itu, Video Ezza yang dikongsi di laman Instagram telah menerima tontonan sehingga mencecah 200,00 tontonan.

Malah ramai pengikut Ezza sentiasa mengikuti perkembangan isteri kepada jejaka hero malaya ini.

“Beli satu kak, ni sesuai untuk bisneswoman, fuh kerlas kereta zaman lah ni”-Netizen

Tengok kereta mewah Tesla yang Ezza naik, seram pula kalau dengar harganya. Mesti cecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kan…

Sumber: Instagram ezzarl

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!