“Ye Haji Jebat, dia cakap Hajjah Hajjah Hajjah” – Netizen

Sharnaaz Ahmad pada awalnya dikenali sebagai seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 2009 sehingga kini. Nama Sharnaaz Ahmad semakin dikenali setelah membawa watak Jebat menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan sekitar Disember 2013 hingga April 2014. Di dalam drama tersebut Sharnaaz bergandingan bersama Nelydia Senrose yang membawakan watak sebagai Hannah Mastura.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017.

Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Mereka berdua juga masih mengekalkan hubungan baik demi memberikan kasih sayang dan juga yang terbaik buat anak mereka. Kasih sayang Sharnaaz buat anaknya itu juga sering mencuri tumpuan warganet apabila Sharnaaz kerap berkongsi video beliau melakukan aktiviti bersama anaknya.

Baru baru ini kehadiran Sharnaaz untuk menghantar anaknya Jebat menunaikan umrah bersama Nabila telah menyentuh hati Netizen.

Ramai yang terharu dengan tindakan Sharnaaz yang bersikap professional hadir ke lapangan terbang untuk turut serta bersama keluarga bekas mertuanya menghantar anaknya ke Mekah.

Meskipun Sharnaaz dan Nabila tidak lagi di takdirkan sebagai pasangan suami isteri namun hubungan mereka berdua yang sangat baik demi membesarkan Jebat di kagumi oleh para peminat mereka.

Netizen juga menjadikan pasangan ini sebagai contoh pasangan yang tetap menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap anak- anak walaupun sudah berpisah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang peminat Jebat, satu video yang memaparkan gelagat Jebat ketika di Mekah telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Ketika video itu di rakamkan, Jebat bersama keluarganya sedang bergerak ke suatu tempat, Jebat kemudiannya bercerita mengenai pengalamannya berjumpa beberapa jemaah lain yang menunaikan ibadah di sana.

Jebat yang tertarik dengan situasi tersebut menceritakan perkara berkenaan sambil mengajuk gaya dan perkataan yang di sebut oleh jemaah berkenaan kepada keluarganya itu.

Gelagat Jebat yang teruja untuk bercerita dan sudah pandai mengajuk mencuit hati keluarganya yang kemudiannya tertawa mendengar pengalaman kanak- kanak berkenaan.

Menghampiri usia 5 tahun, Jebat merupakan seorang kanak- kanak yang sangat petah bercakap. Malahan perkataan Netizen juga kagum dengan pertuturan Jebat yang sangat lancar dalam bahasa melayu.

Kanak- kanak itu juga mempunyai kosa kata yang sangat bagus walaupun adakalanya perbualannya itu begitu menghiburkan hati keluarga. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen terhadap video Jebat tersebut.

Bijak sungguh Jebat bercerita mengenai keadaan yang di laluinya di sana. Pada usia 5 tahun, Jebat sudah berkesempatan untuk mengikut ibunya menunaikan  ibadah Umrah di Mekah. Pastinya pengalaman ini akan menjadi kenangan manis yang akan di ingati Jebat nanti.

Sumber: ig sri kandi.79

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!