“Kesian Erra, setiap kali kisah bekas suami mesti wartawan tnya dia”- Netizen

Pemilik nama Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia. Erra Fazira menamatkan zaman bujang dengan penyanyi dan pelakon Datuk Yusry Abd Halim dan di ijabkabul pada 15 Jun 2003. Namun begitu, penikahan tersebut tidak kekal lama dan pasangan ini di sahkan berc3rai talak 1 pada 26 April 2006.

Erra bertemu jodoh buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktober 2007 dan menerima hantaran perkahwinan senaskah Al-Quran.

Hasil perkongsian hidup, Erra dan Engku Emran di kurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya. Namun begitu, jodoh tidak menyebelahi Erra apabila beliau dan Engku Emran telah sah berc3rai dengan talak satu pada 17 Februari 2014.

Walaupun sudah hampir 9 tahun pelakon yang mendapat jolokan sebagai primadona filem melayu ini telah berpisah dengan Engku Emran, namun nama Erra masih lagi terpalit setiap kali berlaku kontr0versi mengenai perkahwinan bekas suaminya Engku Emran.

Umum mengetahui, setelah Erra berpisah dengan Engku Emran, Engku Emran telah memilih seorang pelakon Indonesia sebagai suri hidup iaitu Laudya Cintya Bella.

Jodoh mereka tidak panjang dan Engku Emran kemudiannya bertemu jodoh dengan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada usahawan terkenal Noor Neelofa. Engku Emran dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Namun begitu, desas desus yang bertiup kini mengatakan bahawa perkahwinan Engku Emran dan Nabila kini telah retak menanti belah membuatkan para wartawan berusaha mendapatkan informasi berkenaan isu tersebut daripada Erra Fazira.

Menerusi perkongsian di Instagram officialhlive, Erra telah di temu bual oleh wartawan dan beliau telah mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. Sebagai bekas isteri kepada Engku Emran, Erra merasakan bahawa beliau tidak perlu masuk campur mengenai isu rumah tangga Engku Emran dan Noor Nabila.

Tambahan pula, apa yang lebih penting buat dirinya adalah untuk menjaga mental, hati dan perasaan anaknya Engku Aleesya saat anaknya itu perlu berhadapan dengan isu berkenaan. Erra berkata, dia juga hanya mendapat mendapat tahu perkara itu menerusi laporan media sahaja.

Bagaimanapun kata Erra, jika benarlah dakwaan Emran dan Nabila sudah berc3rai, dia menganggap perkara itu sudah ditakdirkan.  Tutur Erra lagi, walaupun beliau pernah hidup bersama Engku Emran namun beliau tidak pernah menilainya.

Erra berkata, Engku Emran tidak ada memberitahu beliau apa-apa berkaitan rumah tangganya dengan Nabila. Emran juga seorang yang sangat berahsia.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Erra yang tidak masuk campur dan tidak memburukkan bekas suaminya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Ramai netizen yang kurang berpuas hati dengan tindakan wartawan yang menemu bual Erra. Netizen juga merasa kasihan terhadap Erra yang terpaksa menjawab soalan berkenaan bekas suami meskipun sudah tidak ada kena mengena dengan kehidupan rumahtangga bekas suaminya itu.

Sumber: ig officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!