“Alahai comel la si kecik Aisha ni, habis muuka ibu dia” – Netizen

Insiden yang berlaku ke atas pelakon popular Fasha Sandha baru- baru ini sangat mengejut para peminat beliau. Fasha Sandha telah dikejarkan ke sebuah hspital pakar di Johor Bahru kerana telah mengalami keced3raan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan.  Khabarnya tulang mata kiri beliau telah p4tah dan bebola mata kirinya pula berd4rah serta membengkak.

Fasha kini terpaksa menangguhkan penggambaran drama berkenaan buat sementara waktu kerana sedang dirawat di Hspital Pakar di Johor Bahru.

Insiden luar jangka itu berlaku ketika Fasha bersama Azhan Rani sedang menjayakan salah satu babak tegang di mana pelakon lelaki tersebut menarik rambut Fasha dari tangga dan menolaknya sebelum terj4tuh di bucu katil.

Kem4langan yang menimpa Fasha itu berlaku selepas mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam. Pihak produksi drama berkenaan juga telah memohon maaf pada Fasha dan keluarganya.

Insiden yang menimpa Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan rakan artis sendiri. Malahan ada rakan artis yang memberikan kritik4n terhadap pihak produksi kerana berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan kem4langan.

Video klip yang memaparkan babak lakonan Azhan Rani dan Fasha Sandha sebelum terjadinya kem4langan berkenaan itu juga tular di media sosial apabila di kongsikan beberapa kali oleh netizen.

Sebagai rakan pelakon dan juga individu yang turut bertanggungjawab menyebabkan kem4langan berkenaan, Azhan Rani juga turut berjumpa suami Fasha iaitu Aidil Aziz dan juga datang melawat Fasha di h0spital menzahirkan rasa bersalah beliau di sebabkan insiden berkenaan.

Namun begitu, seperti yang ramai tahu Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Malahan Fasha juga tidak menyalahkan Azhan Rani di atas apa yang menimpanya.

Tambah aktres 39 tahun itu sebelum ini tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kem4langan ini terjadi di luar jangkaan. Fasha berkata kem4langan yang menimpanya bukanlah berpunca daripada tolakkan kuat aktor tersebut, sebaliknya berlaku atas kecuaian sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aidil mengemaskini perkembangan terbaru keadaan Fasha demi menjawab pertanyaan rakan artis yang bertanya khabar dan juga para peminat yang risau akan keadaan pelakon kesayangan mereka itu.

 

Aidil menjelaskan isterinya itu masih lagi perlu menjalani rawatan di h0spital. Namun begitu video terkini yang di kongsikan Aidil menambah sebak apabila memaparkan gelagat anak- anak yang sangat merindui ibu mereka.

Aidil juga berterima kasih buat ibu dan bapa mertuanya yang sudi menguruskan anak- anak ke sekolah dan membawa mereka ke h0spital untuk melepaskan rindu bertemu ibu kesayangan mereka. Di ruangan komen pula, ramai yang merasa hiba melihat kerinduan anak anak Fasha dan mendoakan Fasha supaya cepat sembuh.

Pasti anak anak kesedihan melihat keadaan ibu mereka yang sedang s4kit. Semoga kehadiran Rayfal, Jemyma dan Aisha dapat mengangkat kes4kitan Fasha sementara. Dalam masa sama, wakil pengurusan memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan Fasha. Semoga Fasha cepat sembuh.

Sumber: Instagram itsaidilaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!