“Yang paling semangat hanya cepuk2 kaki je”- Netizen

Keluarga kecil Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa menjadi tumpuan para peminat. Tidak di nafikan bahawa pasangan popular ini mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri sehingga apa jua perkongsian mereka di media sosial sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Warganet yang juga sering mengikuti aktiviti keluarga ini menjadikan mereka sebagai rujukan dan juga idola.

Sebagai pasangan popular, anak- anak pasangan ini juga turut di kenali ramai. Hairul dan Hanis mendirikan rumahtangga pada 2015 dan mereka di kurniakan 2 orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Menerusi perkongsian terbaru di instagram Hairul, beliau berkongsi video yang memaparkan kedua- dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah berada di kolam renang. Ketika itu, Hairul cuba mengadakan ‘pertandingan berenang’ untuk kedua- dua orang anaknya itu.

Di permulaan video, Alisa paling bersemangat ketika di tanya oleh bapanya adakah dirinya sudah bersedia untuk bermula sementara Yusuf hanya mengangguk tanda sudah bersedia.

Walaubagaimanapun, setelah Hairul menyuruh kedua- dua anaknya bermula, hanya Yusuf seorang yang t3rjun ke dalam kolam renang.  Alisa bagaimanapun tidak t3rjun dan hanya melihat abangnya Yusuf berenang sendirian.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan gelagat Alisa. Meskipun beliau menjawab ‘Yes’ ketika di tanya oleh bapanya namun kanak- kanak itu akhirnya hanya berdiam diri dan tidak menyertai abangnya untuk ‘bertanding’.

Melihat kembali video- video terdahulu Alisa Aisyah yang pernah di kongsikan oleh pasangan selebriti berkenaan, perangai anak kedua mereka itu sememangnya sangat menghiburkan warganet.

Mana tidaknya, ada sahaja insiden mencuit hati yang di kongsikan pasangan selebriti tersebut di media sosial melibatkan anak kedua mereka itu buat tatapan para peminat sehingga warganet merasa geram dengan kecomelan gelagat Alisa Aisyah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Geram betul dengan perangai Alisa Aisyah ni. Penuh dengan drama dan gelagat yang melucukan. Berlainan pula dengan abangnya Yusuf Iskandar yang sentiasa penuh bersemangat dan sangat patuh dengan kedua ibu bapa mereka.

Sumber: Instagram hairul azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!