“Dah mcm sebaya besan pun, Happy birthday Nourul” – Netizen

Diam tak diam, dua selebriti popular ini akhirnya sudah menjalin ikatan rupanya. Pastinya hubungan yang wujud merapatkan tali persaudaraan kedua-duanya walaupun pada masa ini berada pada kedudukan geografi yang agak berjauhan. Pun begitu ia bukan penghalang komunikasi dengan adanya kemudahan teknologi masa kini. Lihat saj4lah video kiriman pelakon cantik jelita, Datin Seri Maria Farida buat penyanyi, Nourul Depp ini.

Macam comel je apabila Maria mengucapkan selamat hari jadi buat Nourul yang dikongsikan pelantun lagu popular Kerana Terpaksa itu di laman Instagramnya. Menariknya ia menancap perhatian netizen.

Apa tidaknya dengan rakaman video memperlihatkan wajah Maria yang memakai mekap ringkas, beliau siap menyanyikan lagu hari jadi buat Nourul lagi. Daalam ruangan komen, Maria sempat menyifatkan nyanyiannya itu ‘ke laut’.

Justeru beliau menyatakan mahu mengambil kelas suara dengan Nourul pula nanti. Sempat bergurau lagi Maria ya… Begitupun, apa lebih menarik perhatian ialah wajahnya dalam video itu.

Seperti biasa, ramai netizen terkesima dengan pelakon kini berusia 53 tahun itu yang seakan tidak dimamah usia jika hendak dibandingkan rupanya seperti di awal penglibatannya dalam dunia seni lebih dua dekad lalu.

“Omg…Maria never aged still as beautiful as always & to you Nurul…Happy Birthday…stay hip happening & 4ever young. By d way u look too young”, “Untung dpt besan Mcm bestfren”. Itu antara komen netizen.

Tidak ketinggalan ada menyifatkan mereka hampir sebaya biarpun Nourul lebih muda iaitu berumur 45 tahun pada tahun ini. Begitupun seperti kata besannya itu, umur hanya satu nombor kan…

Untuk info, Nourul kini sudah berpindah ke Bali, Indonesia kira-kira setahun lalu kerana mengikut suaminya,  Eric Daniel Depp berhijrah bersama tiga anak mereka, Zachary, Raphael dan Isabella.

Anak daranya, Ayu Nazirah baru-baru ini sudah mengikat tali pertunangan dengan anak teruna Maria, Mizan Ashley.  Ayu anak sulung Nourul dengan bekas suaminya yang juga komposer terkenal iaitu Ajai.

Pencarian di maya tidak menemui bilakah Mizan dan Ayu bernikah. Begitupun nampaknya, dalam kapsyen hantarannya ini Nourul mencoretkan ‘Thank you my besan. See you soon’. Apakah maknanya tu ya..

Sumber : IG Nourul Depp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!