“Ni nak tunjuk bersih ka nak tunjuk rumah” – Faezah Elai

Rumah cantik apalagi bersih sememangnya menyejukkan mata yang memandang. Lebih untung nak pulak kediaman itu boleh tahan besar dan selesa, pasti selain tuan rumah, kita yang melihat ini pun rasa lapang sahaja fikiran. Mesti itulah yang ingin disampaikan penyanyi, Bl4ck Hanifah dalam hantarannya di Instagramnya ini. Bl4ck berkongsi keadaan rumahnya yang seumpamanya.

Menarik perkongsian Bl4ck, bukan saja rumahnya yang bersih, tetapi suasana persekitarannya yang menyenangkan. Sudah tentu, selain Bl4ck, isteri tercintanya, Naquia Yasirah Mohd Khairi rajin orangnya.

Dalam videonya, Bl4ck berkongsi keadaan kediamannya yang menunjukkan keadaan rumah bermula di ruang makan sebelum ke bahagian dapur. Semua nampak kemas tersusun dan elegan.

Pandai Bl4ck dan isteri mendeko rumah teres lot tepi mereka. Sejak awal tahun ini, dia juga sudah mula berkongsikan kediamannya yang sudah memulakan proses renovasi termasuk hiasan lanskap laman rumah.

Sebelum ini pun banyak permintaan daripada netizen dan pengikutnya agak Bl4ck membuat video house tour di rumahnya itu. Nah… ini sedikit sebanyak pastinya menyuntik inspirasi kepada mereka di luar sana.

Tampaknya tak kurang netizen yang memberi komen dan memuji keadaan rumahnya itu. Tidak ketinggalan rakan artis men1nggalkan respons di ruangan komen dalam hantaran kapsyen Bl4ck tentang kebersihan rumah.

Begitupun agak mencuit hati tatkala pelakon, Faezah Elai melayangkan komen mengatakan sama ada Bl4ck mahu menunjukkan bersih atau nak tayang rumah. Faezah sempat bertanyakan tentang laksa untuknya.

Sempat juga Bl4ck dan isterinya membalas komen Faezah itu. Sudah pasti sebagai rakan seni, hubungan mereka agak akrab, tak agak-agak betul komen Faezah tu ya… Macam tulah kawan…

Untuk info, bukan hanya bega rumahnya, Bl4ck jugak ada membina banglo dan tiga chalet mencecah harga RM200,000 buat kedua ibu bapanya di Kupang, Baling, Kedah tau… Sebelum itu ibu bapanya menetap di rumah yang dibelikan Bl4ck untuk mereka di Cheras.

Selepas lebih lapan tahun tinggal di situ, ibu bapanya ambil keputusan nak ‘settle down’ di kampung pula di tanah milik bapanya selepas mengambil keputusan menghabiskan sisa hidup di kampung. Patut Bl4ck murah rezeki.

Sumber : IG Bl4ck Hanifah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!