“Weh dia kunyah ais sama macam anak aku” – Netizen

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan tatkala melihat gelagat seorang ibu atau bapa dengan anaknya. Bila adanya anak perempuan atau anak lelaki ini, pasti akan menyerupai sifat ibu atau bapanya. Bila melihat gelagat anak-anak ini, pasti lucu dibuatnya dan sudah pasti menceriakan lagi rumah tangga pasangan suami isteri.

Tidak terkecuali, Diana Danielle dan pasangannya Farid Kamil mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Che Mad dan Aurora. Kedua-dua cahaya mata milik Diana dan Farid ini sentiasa mencuri tumpuan netizen. Kecil-kecik lagi sudah ada peminatnya yang tersendiri tau.

Selain Che Mad yang kacak seperti bapanya, Aurora juga iras wajah cantik ibunya. Bukan hanya setakat wajah yang cantik sahaja, sikap Aurora pun sama macam Diana. Suka melaram dan bergaya hehe..

Buktinya, Diana berkongsi video gelagat anak perempuannya memakai kasut but miliknya di waktu pagi. Amboi Aurora, awal-awal pagi dah melaram ye…

Gelagat Aurora yang memakai but berwarna hitam itu sambil mengunyah ais batu telah menjadi perhatian netizen. Aurora spontan je mengunyah ais batu di pagi hari, steady betul.

https://www.instagram.com/p/CexR1eFjBWQ/

Video Aurora itu telah dirakam sendiri oleh Diana dan dimuatnaik di Instagram. Rata-rata netizen terhibur dan berasa lucu melihat gelagat Aurora itu. Walaupun masih kecil lagi, Aurora tetap maintain dengan gelagat selamba nya itu.

Malah video Aurora juga menerima 185,000 tontonan dan komen daripada netizen. Secara umumnya, Aurora antara salah seorang kanak-kanak yang pandai melakukan pelbagai jenis sukan seperti yang dikongsikan di Instagramnya sendiri.

Aurora aktif dengan sukan renang, taekwondo, gimnastik dan sebagainya. Wah aktif betul Aurora. Betul-betul bakal jadi atlet ni..

Instagram Aurora juga ada pengikutnya yang tersendiri sejak kecil lagi. Tak dinafikan, anak-anak Diana dan Farid antara si cilik yang menjadi perhatian ramai netizen serta popular.

Seronoknya tengok Aurora, aktif di pagi hari. Dah besar nanti, mesti cantik bergaya macam mummy dia.

Sumber: Instagram dianadanielleb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!